Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
8 Perkara Di Instagram

Pengguna Digi Dan U Mobile Paling Banyak Beralih Ke Telco Lain, Ini Sebabnya

Diterbitkan Februari 10, 2021 ยท Dikemas kini Februari 10, 2021 oleh Amalina Athman

Sepanjang penularan wabak pandemik COVID-19, banyak yang menghabiskan masa di rumah dengan melayari internet sama ada melalui Wi-Fi mahupun pelan data dari rangkaian mudah alih.

Terkini, OpenSignal telah mengeluarkan laporan mengenai peralihan penggunaan rangkaian mudah alih. Menurut OpenSignal, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, rangkaian Celcom dan Maxis menunjukkan peningkatan pengguna, dan diikuti oleh Unifi.

Ironinya, Digi dan U Mobile pula menunjukkan jumlah pengguna yang semakin berkurang.

Pengguna Digi Dan U Mobile Paling Banyak Beralih Ke Telco Lain, Ini Sebabnya

Jika dilihat kembali, Celcom, Maxis dan Digi telah mengalami pengurangan pengguna pada 2019. Sementara itu, unifi dan U Mobile pula telah menerima peningkatan jumlah pengguna.

Bagaimanapun, U Mobile juga telah mula kehilangan pengguna akhir tahun 2019. Sehingga kini, Celcom dan Maxis kembali menerima peningkatan pengguna, manakala Digi dan U Mobile pula terus kehilangan lebih banyak pengguna.

Secara keseluruhannya, faktor peralihan ini adalah disebabkan pengalaman rangkaian mudah alih yang agak teruk berbanding pengalaman purata pengguna sedia ada.

Memandangkan hampir seluruh negara masih dalam tempoh PKP, sudah tentu lebih ramai pengguna bergantung kepada rangkaian mudah alih. Dengan itu, kualiti pengalaman yang diterima memainkan peranan penting sebelum pengguna memutuskan untuk mengekalkan rangkaian tersebut atau beralih ke rangkaian dengan kualiti lebih baik.

Sumber: OpenSignal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY