Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp jiomart india

Bukan Saja Pesan, Pengguna Di India Juga Boleh Bayar Dalam WhatsApp

Diterbitkan Ogos 30, 2022 · Dikemas kini Ogos 30, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

WhatsApp bekerjasama dengan kedai runcit JioMart di India dalam melancarkan perkhidmatan beli-belah langsung melalui WhatsApp.

Buat masa ini, ciri pembayaran dalam aplikasi ini terhad untuk JioMart sahaja.

Bagaimana ia berfungsi?

Pengguna hanya perlu hantar ‘Hi’ ke saluran rasmi JioMart di WhatsApp. Mereka kemudian boleh melayari katalog melaluinya, tambah ke dalam troli dan bayar.

Dari memesan sehingga pembayaran, semuanya ini hanya dalam aplikasi WhatsApp.

Bukan Saja Pesan, Pengguna Di India Juga Boleh Bayar Dalam WhatsApp

Ia seumpama WhatsApp Business yang tersedia sekarang untuk pengguna seluruh dunia namun bezanya ialah WhatsApp Business yang biasa ini terhad memaparkan katalog. Untuk transaksi wang, pengguna masih perlu keluar daripada WhatsApp dan lakukannya melalui platform lain.

Inilah kelebihan beli-belah di JioMart melalui WhatsApp sekarang di mana pengguna boleh terus membayar melalui aplikasi tersebut tanpa keluar aplikasi itu.

Berkaitan

  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • WhatsApp Di Malaysia Mula Terima Komuniti Sebelum Pelancaran Global
  • Ramai Tak Sedar, Ini Benda Wajib Anda Buat Sejurus Memiliki Kad TNG
  • Satu Lagi Ciri Daripada Telegram Diuji Pada WhatsApp
  • Cara Ketahui Harga Sebenar Produk Di Shopee Dan Lazada Sebelum "Diskaun"
  • Pengguna Malaysia Mula Terima Ciri 'Reaction' Pada Status WhatsApp Pula

Daripada cubaan kami, ia seolah-olah bot yang tersedia di Telegram di mana anda hantar kata kunci dan kemudian sistem akan balas dengan beberapa petak pilihan untuk anda tekan. Dalam kata lain, ia seperti perbualan diautomasi.

Untuk makluman, Meta ialah salah satu pelabur dalam Jio Platforms, sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di India.

Sumber: Meta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY