Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsApp android

Pengguna Android Kelak Boleh ‘Edit’ Pelekat Di WhatsApp Lebih Mudah

Diterbitkan Mac 6, 2024 · Dikemas kini Mac 6, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp sebelum ini memperkenal ciri menghasilkan pelekat atau sunting pelekat sedia ada secara terus daripada aplikasi pemesejan itu. Namun, ia hanya terhad untuk pengguna iOS.

Dalam perkembangan terkini, ciri yang sama mula tersedia untuk pengguna Android dengan WhatsApp beta versi 2.24.6.5 di Google Play Store.

Berkaitan

  • Ini Cara 'Edit' Pelekat Sedia Ada Di Aplikasi WhatsApp Untuk iOS
  • WhatsApp Kelak Akan Sekat Tangkap Layar Gambar Profil
  • WhatsApp Tambah Pintasan Format Teks Baharu, Ini Caranya
  • Cara Mudah Untuk Melihat "Whatsapp Status" Tanpa Diketahui

Melalui perkongsian WABetaInfo, tangkap layar menunjukkan tool yang direka untuk menghasilkan pelekat daripada imej. Pengguna mempunyai pilihan untuk menukar imej kepada pelekat dengan terus membuka imej dan pilih “Create sticker” atau mengaksesnya melalui bahagian pelekat di sebelah bar teks.

Pengguna Android Kelak Boleh ‘Edit’ Pelekat Di WhatsApp Lebih Mudah

Sebagai tambahan, pengguna juga boleh membuat suntingan pelekat melalui pilihan “Edit sticker”. Apabila gambar dipilih, WhatsApp secara automatik membuka editor lukisan.

Dengan ciri ini kelak, pengguna Android boleh menghasilkan atau sunting pelekat tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga.

Buat masa ini, ciri menghasilkan pelekat hanya ditawarkan untuk sebilangan penguji beta dalam kemas kini terbaharu WhatsApp beta. Untuk versi stabil, ia dijangka akan tersedia tidak lama lagi.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY