Ini Perbandingan Antara Tiga Aplikasi Muzik Terkenal Di Malaysia

Aplikasi penstriman muzik umumnya menawarkan akses kepada segala jenis muzik pada telefon pintar atau komputer anda dengan hubungan Internet.

Terdapat pelbagai perkhidmatan yang tersedia di pasaran dan khususnya di Malaysia, tiga penstriman muzik yang paling terkenal ialah Spotify, Apple Music, dan YouTube Music.

Apabila memilih perkhidmatan yang hendak digunakan, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

Antaranya anda perlu memastikan bahawa aplikasi tersebut tersedia pada semua peranti yang paling kerap anda gunakan.

Anda juga perlu mempertimbangkan perkara seperti kualiti audio dan sokongan untuk ciri tambahan, seperti pembantu digital, lirik, perkongsian senarai main, dan banyak lagi.

Untuk membantu anda membuat pilihan, teruskan membaca untuk melihat perbandingan antara aplikasi muzik Spotify, Apple Music, dan YouTube Music.

1. Spotify


aplikasi muzik
Pelan Premium Mini - RM0.75/sehari

Pelan Premium Individual (1 Akaun) - RM14.90/sebulan

Pelan Premium Duo (2 Akaun) - RM21.50/sebulan

Pelan Premium Family (Sehingga 6 Akuan) - RM24.90/sebulan

Pelan Student - RM8.50/sebulan

Jika anda mencari perkhidmatan penstriman muzik yang mempunyai rangkaian lagu yang luas dan serasi dengan semua peranti anda, Spotify jawapannya.

Spotify mempunyai aplikasi untuk semua platform utama dan terdapat pelan percuma dengan iklan.

Pelan percuma Spotify membolehkan pengguna mengakses keseluruhan perpustakaan muzik perkhidmatan itu, tetapi anda hanya diberi bilangan langkauan yang terhad setiap jam dan semua senarai main serta album dimainkan secara 'shuffle'.

Salah satu kelebihan Spotify ialah tumpuannya pada penemuan dan penyusunan senarai main.

Anda juga boleh menapis lagu anda yang disimpan mengikut 'mood' dan genre, jadi mudah untuk mencari lagu yang anda mahu dengar.

Perkhidmatan ini mempunyai podcast dan kandungan video juga, serta ia menstrim muzik sehingga 320Kbps, yang sepatutnya cukup baik untuk kebanyakan pendengar.

Semua pelanggan Spotify Premium pula mendapat percubaan selama sebulan secara percuma.

{suggest}

2. Apple Music


aplikasi muzik
Pelan Student - RM6.90/sebulan

Pelan Individual - RM14.90/sebulan

Pelan Family (Sehingga 6 Akaun) - RM22.90/sebulan

Jika anda ialah pengguna iPhone dan produk Apple yang lain, maka Apple Music patut dipertimbangkan.

Apple Music disepadukan dengan sempurna dengan perkakas dan perisian Apple, serta ia berfungsi dengan perpustakaan iTunes sedia ada anda.

Apple Music juga mempunyai banyak pilihan kandungan, dengan lebih 90 juta lagu tersedia untuk distrim secara 'on-demand'.

Perkhidmatan ini juga menawarkan stesen radio Apple Music 1 dan beberapa lagu eksklusif.

Apple telah menyediakan pilihan audio 'lossless' dan 'spatial' (Dolby Atmos) pada Apple Music sejak bulan Jun 2021.

Peningkatan percuma ini memberikan pendengar akses kepada versi kualiti CD keseluruhan katalog Apple, serta pengalaman mendengar bunyi sekeliling yang dipertingkatkan pada lagu terpilih.

Berbeza dengan Spotify, Apple Music tidak menawarkan versi percuma dengan iklan.

3. YouTube Music


aplikasi muzik
Pelan YouTube Music Premium Individual - RM14.90/sebulan

Pelan YouTube Music Premium Family (Sehingga 5 ahli) - RM22.90/sebulan

Pelan YouTube Music Premium Student - RM6.90/sebulan

Pelan YouTube Premium Individual - RM17.90/sebulan

Pelan YouTube Premium Family (Sehingga 5 ahli, 13 tahun ke atas) - RM26.90/sebulan

Pelan YouTube Premium Student - RM10.90/sebulan

YouTube Music ialah pilihan tepat jika anda ialah pengguna ekosistem produk Google.

Dalam erti kata lain, jika anda mempunyai telefon Android dan mahukan perkhidmatan penstriman muzik anda disepadukan dengan baik dengan Google Assistant, maka YouTube Music-lah jawapannya.

Perkhidmatan ini juga tersedia pada iOS dan di web, jadi anda sepatutnya boleh mengakses perkhidmatan ini di mana sahaja anda berada.

Platform ini juga menawarkan senarai main berasaskan lokasi dan keupayaan untuk mencari lagu berdasarkan lirik.

Pengguna bagi mana-mana pelan premium YouTube Music boleh mendengar muzik mereka yang disimpan di luar talian dan dengan skrin mereka dimatikan, ciri yang tidak disokong oleh aplikasi YouTube melainkan anda membayar untuk langganan.

Seperti Spotify, YouTube Music menawarkan versi percuma yang menyokong iklan.

Pelanggan baharu juga mendapat percubaan selama sebulan untuk menguji pelan Premium tanpa iklan.

Anda juga boleh menggabungkan YouTube Music dan penstriman video YouTube tanpa iklan, bersama-sama di bawah pelan YouTube Premium.

YouTube Premium juga termasuk kandungan video eksklusif, kelebihan yang menarik untuk peminat muzik yang juga suka menonton video di YouTube.

Berkaitan