Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
VACCINE COVID

Pengesahan Janji Temu Suntikan Vaksin COVID-19 Perlu Dibuat Dalam Tempoh 48 Jam

Diterbitkan April 9, 2021 oleh Amalina Athman

Pengguna yang telah menerima notifikasi janji temu suntikan vaksin COVID-19 melalui MySejahtera kini diingatkan untuk mengesahkan kehadiran dalam tempoh 48 jam.

Makluman penting untuk pengguna MySejahtera. Jika anda telah menerima notifikasi temujanji di MySejahtera, pastikan anda sah kan kehadiran anda dalam masa 48 jam.

Daftar untuk vaksinasi: https://t.co/m1joWOSGde#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/MD69ZHvapC

— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) April 8, 2021

Sebagai tambahan, kegagalan memberikan pengesahan akan menyebabkan janji temu dibatalkan dan dijadualkan semula serta slot untuk janji temu tersebut akan diberikan kepada orang lain.

Sekiranya telah mengesahkan untuk hadir janji temu vaksinasi, peringatan kehadiran untuk hari yang ditetapkan akan dihantar tiga dan sehari sebelum tarikh vaksinasi. Proses notifikasi ini juga akan dimaklumkan melalui dua kaedah iaitu aplikasi MySejahtera dan SMS.

Untuk pengguna MySejahtera, satu notifikasi akan diberikan untuk menyemak butiran janji temu dan pada masa yang sama akan menerima SMS untuk menyemak butiran janji temu di MySejahtera.

Sementara itu, pengguna yang tidak mendaftar melalui MySejahtera akan menerima butiran janji temu melalui SMS dan penerima akan dimaklumkan mengenai saluran untuk membuat semakan tarikh janji temu serta mengesahkan kehadiran dengan membalas YA atau TIDAK.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY