Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengerusi SKMM: Frekuensi 5G Tidak Berbahaya Kepada Kesihatan Seseorang Termasuk Kanak-Kanak

Pengerusi SKMM: Frekuensi 5G Tidak Berbahaya Kepada Kesihatan Seseorang Termasuk Kanak-Kanak

Diterbitkan Mei 3, 2019 · Dikemas kini Mei 3, 2019 oleh Helmi Samsuri

Teknologi rangkaian sekarang telah berkembang dengan lebih baik dan kita dapat saksikannya menerusi sambungan generasi kelima, 5G.

Selain memberi peluang kepada pemain-pemain industri dalam menawarkan perkhidmatan yang dikuasakan rangkaian 5G, telah timbul persoalan dalam kalangan pengguna sama ada ia memberi kesan seperti radiasi kepada manusia ataupun tidak.

Menjelaskan perkara itu, Pengerusi SKMM Al-Ishsal Ishak, beliau menjawab kekeliruan tersebut pada temu bual bersama BFM Radio, bahawa teknologi frekuensi radio dalam rangkaian 5G adalah selamat kepada semua termasuk kanak-kanak.

Menurut beliau lagi, SKMM menerusi kajian yang disahkan pakar spektrum, Prof Dr. Tharek Abd Rahman yang juga Ahli Suruhanjaya SKMM, teknologi rangkaian itu tidak akan mendatang kesan sampingan kepada kesihatan kita.

Kajian lebih 30 tahun oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terhadap lebih kurang 25,000 penerbitan bahan hasil kajian memberikan jawapan yang sama.

Sumber: Bernama

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY