Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Telefon Pintar Dengan Rekaan Paling Rare

Pengeluar Telefon Pintar YotaPhone Diisytihar Bankrap

Diterbitkan April 21, 2019 · Dikemas kini April 21, 2019 oleh ariff bukhari

Berdepan saman beratus juta dollar dan jualan yang lemah menyebabkan syarikat ini bungkus.

Jika anda masih ingat atau mungkin pernah terdengar nama syarikat Yota Devices, ia adalah syarikat pengeluar telefon pintar YotaPhone dari Rusia yang telah diisytiharkan bankrap baru-baru ini.

Menurut laporan dari media Rusia, punca kepada bankrapnya syarikat ini adalah kerana saman yang difaikan oleh pembekal dari Singapura, Hi-P yang berjumlah 126 juta dollar pada tahun 2015 dahulu.

Saman tersebut dibuat setelah pihak YotaPhone dilaporkan enggan menerima penghantaran dan membayar jumlah minimum yang telah dipersetujui terhadap unit telefon yang dipesan mereka.

Pengeluar Telefon Pintar YotaPhone Diisytihar Bankrap
Model telefon pintar Yota 3 dilancarkan pada tahun 2017 dan telah memenangi anugerah iF Design Award untuk disiplin produk pada tahun 2018. Tetapi ia belum cukup mampu menyaingi gergasi telefon pintar yang lain.

Tetapi bukan itu sahaja yang menjadi punca kepada bankrapnya Yota Devices. Kegagalan jualan telefon YotaPhone dipasaran juga adalah antara penyebab utama kepada pengisytiharaan bankrap tersebut.

Berdasarkan laporan oleh The Financial Times pada 2016 lalu, 2 model terawal YotaPhone hanya terjual sebanyak 75,000 unit sahaja. Malah mereka juga gagal memasarkan model YotaPhone 2 ke Amerika pada 2015.

Akibat kegagalan telefon pintar mereka dipasaran, Yota Devices telah menarik keluar produk mereka dipasaran Rusia dan juga Eropah.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY