Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Perkenal Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar 80W, Pengisian Penuh Dalam Masa 19 Minit

Xiaomi Perkenal Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar 80W, Pengisian Penuh Dalam Masa 19 Minit

Diterbitkan Oktober 19, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 19, 2020 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, Xiaomi buat pertama kalinya dalam industri telah memperkenalkan pengecasan 120W pada Mi 10 Ultra. Kini, Xiaomi baru sahaja mengumumkan 80W Mi Wireless Charging Technology.

80W Mi Wireless Charging

Ia merupakan teknologi pengecasan tanpa wayar yang ketiga diperkenalkan oleh Xiaomi pada tahun ini, iaitu selepas mengumumkan pengecasan tanpa wayar 40W (Mac 2020) dan 50W pada Ogos lalu.

Menurut Xiaomi, melalui pengecasan tanpa wayar 80W ini, ia mampu mengisi 50% bateri berkapasiti 4000mAh dalam masa 8 minit. Sementara itu, pengisian penuh mengambil masa sekitar 19 minit.

Xiaomi Perkenal Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar 80W, Pengisian Penuh Dalam Masa 19 Minit

Mengimbas kembali, Xiaomi pertama kali memperkenalkan teknologi ini pada 2018 melalui pelancaran Mi MIX 2S yang ketika itu hanya menyokong pengecasan tanpa wayar 7.5W. Ia kemudian diikuti pengecasan tanpa wayar 10W, 20W dan 30W.

Sumber: Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY