Pengalaman Membuang Sampah Yang Lebih Menyeronokkan Dengan Tong Sampah Pintar Ini

Kebanyakan dari kita tahu bahawa membuang sampah merata-rata merupakan perbuatan yang keji. Walaupun begitu, masih terdapat ramai di antara kita yang sangat susah membuang sampah ke dalam tong sampah. Tambah-tambah rakyat Malaysia.

Syarikat rekabentuk dari Australia, Sencity telah mencipta sebuah tong sampah yang bakal merubah sikap masyarakat untuk lebih gemar membuang sampah ke dalam tong sampah, ianya digelarkan sebagai TetraBIN.

TetraBIN-ImR

TetraBIN merupakan tong sampah pintar yang berupaya memaparkan sejenis permainan di permukaan skrin luarnya. Tong sampah ini akan memaparkan gambar anjing yang memanggil anda untuk memberikan mereka makanan (makanan=sampah). Tetapi di atasnya terdapat sejenis blok yang bersedia untuk intercept sampah yang akan anda buang. Jadi anda perlu memastikan sampah yang dibuang melepasi kelawar dan sampai ke anjing.

Untuk yang berjaya memberi makan kepada anjing, sampah itu akan berubah menjadi peha ayam dalam bentuk digital, paparan akan menunjukkan skrin "WIN" dan terdapat juga kod yang disediakan untuk membolehkan anda menebus ganjaran dengan pihak TetraBIN di laman web mereka.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=d8Ezfkl2q9w[/embed]

Tong sampah pintar ini menggunakan teknologi LED. Setiap paparan terdiri daripada 900 lampu LED. Tiga pasang sensor inframerah ciptaan mereka sendiri digunakan untuk mengenal pasti setiap sampah yang masuk ke dalamnya. Ianya menterjemahkan kod isyarat sensor ke dalam bentuk visual.

Corak setiap paparan akan berubah mengikut saiz, bentuk dan masa sampah dibuang kedalam TetraBIN. Setakat ini TetraBIN masih di dalam fasa ujian dan ianya hanya digunapakai di beberapa kawasan di bandar Sydney Australia.

Sumber