Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vakum Philips SpeedPro Max Aqua Beri Fungsi Pembersihan 3 Dalam 1

Vakum Philips SpeedPro Max Aqua Beri Fungsi Pembersihan 3 Dalam 1

Diterbitkan September 12, 2019 oleh Haikel Areff

Seiiring dengan kemodenan yang kita kecapi ketika ini, setiap perkara  dapat dilakukan  hanya dalam masa yang singkat. Menerusi penawaran pelbagai produk dan perkakasan yang canggih, aktiviti seperti mengemas rumah lebih mudah diselesaikan. Antara produk terbaru yang bakal membantu anda menyempurnakan tugasan itu adalah vakum Philips SpeedPro Max Aqua.

Vakum Philips SpeedPro Max Aqua Beri Fungsi Pembersihan 3 Dalam 1

Selain mempunyai rekaannya menarik, ia turut didatangkan dengan rupa bentuk yang mudah disimpan dan menjimatkan ruang.  mungkin peralatan rumah yang sempurna buat anda sekeluarga.

Product picture

Menurut Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara merangkap Ketua Kesihatan Peribadi dan Sistem Kesihatan, Philips Malaysia berkata “Philips mementingkan usaha terus menginovasi peralatan-peralatan yang mempertingkatkan mutu kehidupan pengguna. Berhasrat untuk menambah baik kehidupan 3 bilion pengguna di seluruh dunia menjelang 2030. Peralatan di rumah mungkin bukan alat yang kritikal, tetapi kebolehan membantu pengguna mewujudkan sebuah rumah yang bersih dan selesa dengan mudah dapat membantu mereka menjimatkan masa untuk melakukan lebih banyak perkara yang lebih penting.”

Sistem vakum dan mop yang sangat inovatif

Philips SpeedPro Max Aqua menggunakan teknologi inovatif yang memberikan pengalaman pembersihan yang berkesan kepada semua pengguna. Sebuah sistem vakum dan mop yang sangat unik, didatangkan dengan pegangan tanpa wayar 3 dalam 1. Semasa penggunaannya, pengguna akan berupaya memerangkap lebih banyak kekotoran yang biasanya tidak dapat disedut oleh vakum biasa.

Vakum Philips SpeedPro Max Aqua Beri Fungsi Pembersihan 3 Dalam 1

Setakat hari ini, Philips SpeedPro Max Aqua memberikan pengguna satu pengalaman pembersihan yang paling pantas dengan adanya muncung sedut 360°  yang sangat inovatif. Mampu menyedut segala kekotoran daripada semua sudut di rumah anda. Didatangkan juga dengan sistem penapis tiga peringkat yang mampu menarik semua debu-debu halus dan bakteria. Satu perlatan rumah yang canggih dan sangat ideal untuk memastikan kediaman anda sentiasa bersih.

Alat ini juga didatangkan dengan bateri ion litium 25.2V yang membolehkan ia beroperasi sehingga 75 minit sebelum anda perlu mengecasnya semula. Sementara paparan digital pintar mempamerkan kelajuan dan penggunaan bateri.

Picture 1
Dari kiri: Nicholas Lee – Naib Presiden / Pengurus Besar Kesihatan Peribadi, Philips ASEAN Pacific; Azura Zainal – pengacara televisyen; Muhammad Ali Jaleel – Pengurus Negara dan Pemimpin Sistem Kesihatan dan Kesihatan Peribadi, Philips Malaysia diapit oleh rakan-rakan Philips pada pelancarannya.

Harga pasaran

Philips SpeedPro Max Aqua (FC6904/01) dijual pada harga yang telah disyorkan, iaitu RM2,599 di Philips Brand Store yang terletak di Publika Shopping Gallery dan Wangsa Walk di Kuala Lumpur, serta di rangkaian kedai rakan pengedar Philips di seluruh negara. Perlatan vakum dan mop unik ini juga mampu didapatkan menerusi hujung jari anda sahaja dengan melihat kepada gedung rasmi dalam talian di laman web Lazada di pautan https://www.lazada.com.my/philips-official-store/.

Sistem vakum dan mop ini mampu memberikan anda kelebihan di rumah dengan adanya alat pegangan tangan bersepadu dan secara tidak langsung membolehkan anda meluangkan masa dengan keluarga tersayang.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY