Syarikat rekabentuk dari Australia, Sencity telah mencipta sebuah tong sampah yang bakal merubah sikap masyarakat untuk lebih gemar membuang sampah ke dalam tong sampah, ianya digelarkan sebagai TetraBIN.
TetraBIN merupakan tong sampah pintar yang berupaya memaparkan sejenis permainan di permukaan skrin luarnya. Tong sampah ini akan memaparkan gambar anjing yang memanggil anda untuk memberikan mereka makanan (makanan=sampah). Tetapi di atasnya terdapat sejenis blok yang bersedia untuk intercept sampah yang akan anda buang. Jadi anda perlu memastikan sampah yang dibuang melepasi kelawar dan sampai ke anjing.
Untuk yang berjaya memberi makan kepada anjing, sampah itu akan berubah menjadi peha ayam dalam bentuk digital, paparan akan menunjukkan skrin "WIN" dan terdapat juga kod yang disediakan untuk membolehkan anda menebus ganjaran dengan pihak TetraBIN di laman web mereka.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=d8Ezfkl2q9w[/embed]
Tong sampah pintar ini menggunakan teknologi LED. Setiap paparan terdiri daripada 900 lampu LED. Tiga pasang sensor inframerah ciptaan mereka sendiri digunakan untuk mengenal pasti setiap sampah yang masuk ke dalamnya. Ianya menterjemahkan kod isyarat sensor ke dalam bentuk visual.
Corak setiap paparan akan berubah mengikut saiz, bentuk dan masa sampah dibuang kedalam TetraBIN. Setakat ini TetraBIN masih di dalam fasa ujian dan ianya hanya digunapakai di beberapa kawasan di bandar Sydney Australia.
Sumber
Berkaitan
- Nokia N95 Bakal Membuat Kemunculan Semula
- Vivo Bakal Lancar 5 Telefon Pintar 5G Menjelang Tahun 2020
- 10 Pelajar Di India Ditahan Polis Hanya Kerana Bermain PUBG Mobile
- Peranti Boleh Lipat Xiaomi Muncul Lagi Dalam Satu Video Acah
- Apple Mula Hantar Jemputan Media Untuk Satu Majlis 30 Oktober Ini
- Steam, Spotify dan Netflix Antara Yang Akan Dikenakan Cukai Perkhidmatan Bermula Tahun 2020
- Mavic 2 Enterprise Dual- Drone Paling Rare Kami Pernah Cuba
- Alibaba Sports Bawa World Electronic Sports Games Ke Malaysia Januari 2020
- Xiaomi Cipta Rekaan Paten Peranti Pelik Dengan Takuk Terbalik
- Sokongan Pengecasan Pantas Tanpa Wayar Google Pixel 3 Hanya Pada Dek Pengecas Yang Diiktiraf Sahaja