Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
negara sinovac

Penerima Sinovac Yang Melancong Ke Negara-Negara Ini Akan Dianggap Tidak Divaksinasi

Diterbitkan Mac 29, 2022 oleh Nadiah Ab

Seperti semua tahu, kerajaan Malaysia menyediakan beberapa jenis vaksin Covid-19 untuk rakyat secara percuma termasuk Sinovac. Sekiranya anda adalah penerima Sinovac, penting untuk ketahui ada beberapa negara yang tidak mengiktiraf Sinovac supaya tidak mengganggu perancangan percutian anda.

Sejak berlakunya pandemik Covid-19, industri pelancongan turut terjejas. Dengan kebenaran untuk melancong dikembalikan, pastinya ramai sudah mula merancang percutian ke luar negara.

Namun, walaupun kebanyakan dari populasi dunia sudah menerima Sinovac, masih terdapat negara-negara yang tidak menerima vaksin tersebut.

Berikut adalah antara negara yang tidak mengiktiraf vaksin Sinovac:

  1. Jerman
  2. Belgium
  3. Jepun
  4. Perancis
  5. Luxembourg
  6. Itali
  7. India
  8. Romania
  9. Poland
  10. Czechia
  11. Belarus

Sekiranya anda adalah penerima vaksin Sinovac, bukan bermakna anda tidak boleh memasuki negara-negara di atas. Sebaliknya, anda akan dianggap tidak divaksinasi dan mungkin perlu menjalani kuarantin dan ujian tambahan Covid-19.

Terdahulu, mulai 1 April, sempadan negara akan dibuka sepenuhnya berikutan perancangan untuk memasuki fasa “Peralihan ke Endemik”.

Ingin ditegaskan jangan lupa untuk semak protokol di negara lain sebelum membuat perancangan untuk pergi melancong.

Sumber: World of Buzz

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile
  • Status Vaksinasi Lengkap 2 Golongan Ini Akan Berubah Jika Tak Buat Sesuatu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY