Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pengembara rtk

Peralihan Ke Endemik: Sempadan Malaysia Dibuka Mulai 1 April

Diterbitkan Mac 8, 2022 oleh Nadiah Ab

Rasmi, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob baru sahaja mengumumkan sempadan Malaysia akan dibuka mulai 1 April 2022.

Usaha membuka semula sempadan negara ini selaras dengan perancangan memasuki fasa ‘Peralihan Ke Endemik‘.

Menurut Ismail Sabri, keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tiga perkara penting iaitu berpandukan sains dan fakta terkini tentang Covid-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara-negara lain, serta mengambil kira keselesaan kepada pengembara supaya tidak merumitkan lagi perjalanan mereka.

Dalam pada itu juga, setiap pengembara yang telah menerima vaksinasi lengkap yang ingin masuk ke Malaysia tidak lagi perlu menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu menjalani ujian saringan Covid-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

Ini juga bermakna, rakyat negara luar tidak perlu lagi memohon MyTravelPass, sebaliknya, hanya perlu memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi “Traveller” dalam aplikasi tersebut.

Bagi negara yang masih menutup sempadan, rakyat Malaysia dibenarkan untuk menggunakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) yang telah dipersetujui Kerajaan Malaysia dengan negara-negara yang terlibat.

Buat masa ini, VTL telah dibuka untuk pergerakan pergi dan balik ke Singapura sejak tahun lalu. Manakala untuk negara lain seperti Thailand, Brunei, dan Indonesia pula akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sumber: Kenyataan Media YAB Perdana Menteri

Baca juga:

  • Malaysia Luluskan Ubat COVID-19 Tapi Bukan Pengganti Vaksin
  • Mulai Minggu Depan, Kontak Rapat Tidak Bergejala Tak Perlu Kuarantin Tapi Bersyarat
  • Tiada Lagi Label Kuning “Casual Contact”, Pengguna Hanya Terima Notifikasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY