Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penduduk Tidak Setuju Pemancar 5G Dibina Di Kawasan Perumahan

Penduduk Tidak Setuju Pemancar 5G Dibina Di Kawasan Perumahan

Diterbitkan Oktober 27, 2023 oleh Amal Addin

Penduduk Bukit Gelugor, Pulau Pinang menentang pembinaan pemancar telekomunikasi 5G berdekatan surau kawasan kejiranan mereka. Mereka turut menyuarakan rasa bimbang berkaitan isu keselamatan dan kesihatan masyarakat setempat.

Wakil penduduk, Hamdullah Mohammed Farouk menyuarakan rasa terkilan mereka kerana pembinaan tersebut tidak dimaklumkan kepada penduduk terlebih dahulu. Apa yang lebih mengejutkan adalah, pembinaan tersebut telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan tanpa sebarang notis diberikan.

Menurut kajian secara global, tiada jaminan keselamatan dan kesihatan diberikan jika seseorang itu terdedah dengan radiasi pemancar telekomunikasi. Berkemungkinan bahawa mereka yang berada dalam radius 500 meter dari pemancar telekomunikasi tersebut bakal mengalami kesan kesihatan jangka masa panjang.

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa juga menyatakan bahawa gelombang frekuensi radio (RF) mempunyai bahan-bahan karsinogenik. 

Penduduk di situ sebenarnya menyokong sahaja kemajuan yang hendak dilakukan pada kawasan perumahan mereka. Namun, mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka tetap akan menerima kesan sampingan daripada pemancar telekomunikasi tersebut.

Tindakan oleh penduduk telah diambil dengan menghantar surat bantahan kepada PBT, pejabat Ketua Menteri, pejabat Datuk Bandar dan lain-lain yang berkaitan. Mereka berharap agar kerajaan mempertimbangkan semula projek pembinaan pemancar telekomunikasi 5G di tengah-tengah kawasan rumah mereka.

Berkaitan

  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Panggilan Audio Dan Video Kini Di X, Ini Cara Guna
  • Siri Xiaomi 14 Diumumkan - SD 8 Gen 3, HyperOS, Kecerahan 3000 Nit
  • Xiaomi Watch S3 Dilancar Dengan Sokongan eSIM, Bezel Boleh Tukar
  • Yes 5G Secara Rasmi Sokong iPhone XS Dan Terbaharu Dengan iOS 17.1

Sumber: Utusan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY