Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-02-25 at 16.04.46

Penduduk Negeri Selangor Boleh Berkomunikasi Secara Terus Dengan Menteri Besar Melalui E-Mel

Diterbitkan Februari 25, 2019 · Dikemas kini Februari 25, 2019 oleh Helmi Samsuri

Bagi memudahkan komunikasi secara terus antara Menteri Besar Selangor bersama rakyat negeri itu, sebuah medium komunikasi, warkahuntukmbselangor.com, telah dibangunkan.

Ia merupakan medium komunikasi terbaru menggunakan e-mel dimana individu yang bermastautin di negeri Selangor, boleh meluahkan kritikan, aduan, pandangan serta penghargaan kepada Menteri Besar, YB Amirudin Shari.

Screenshot 2019-02-25 at 16.07.42
Imej: Warkah Untuk MB Selangor

Mengutip kenyataan YB Amirudin Shari dari laporan Bernama, dengan adanya warkahuntukmbselangor.com, sebarang masalah atau hajat yang memerlukan tindakan dari kerajaan negeri dapat disalurkan kepadanya, supaya tindakan wajar dapat diambil.

Beliau turut menjamin segala hantaran e-mel yang dibuat akan sampai ke pengetahuannya.

Turut dilaporkan adalah pelancaran Briged Warkah yang berfungsi menyiasat kes-kes dari aduan di laman web warkahuntukmbselangor.com serta memberi penerangan berkenaan kes-kes yang berjaya diselesaikan.

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY