Jumlah penduduk Malaysia pada 2024 dianggarkan 34.1 juta berbanding 33.4 juta pada 2023 dengan kadar pertumbuhan 1.9%, menurut statistik berkaitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata penduduk warganegara meningkat daripada 30.4 juta pada 2023 kepada 30.7 juta pada 2024 dengan kadar pertumbuhan lebih perlahan, iaitu 0.7% daripada 0.8% pada tahun sebelumnya.
Penduduk bukan warganegara menunjukkan trend yang sama dengan kadar pertumbuhan lebih perlahan sebanyak 13.6% berbanding 17.1% pada tahun lalu.
Selain itu, bilangan lelaki melebihi perempuan dengan masing-masing 17.9 juta dan 16.2 juta. Nisbah jantina bagi keseluruhan penduduk adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Secara keseluruhan, semua negeri di Malaysia mencatatkan bilangan lelaki melebihi perempuan kecuali bagi negeri Perlis dan W.P. Putrajaya.
Tiga negeri yang mencatatkan peratusan komposisi penduduk tertinggi pada tahun ini ialah Selangor (21.6%), diikuti Johor (12.3%) dan Sabah (11.0%).
{suggest}
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (1, 2)
Gambar utama: Kementerian Komunikasi