Penduduk Ipoh Boleh Adukan Jalan Berlubang Dengan Mengimbas Kod QR

Bagi memudahkan pengguna jalan raya di Bandaraya Ipoh melaporkan keadaan jalan berlubang kepada pihak berkuasa, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Perak telah melancarkan platform khas aduan pothole MBI.

Platform khas aduan pothole tersebut akan menggunakan aplikasi WhatsApp di nombor 017-4122113, URL shorturl.at/aekxT atau dengan mengimbas kod QR yang dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh untuk kemudahan wargakota Ipoh menyalurkan maklumat mengenai aduan jalan berlubang di kawasan Bandaraya Ipoh.



Masa perkhidmatan terima aduan ini adalah 24 jam sehari. Sementara waktu pelaksanaan kerja baik pulih jalan berlubang adalah dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang.

Manakala pada hari Sabtu pula kerja baik pulih jalan berlubang adalah dari jam  8:00 pagi hingga 2:00 petang.

Hari Ahad dan Cuti Umum tiada sebarang operasi baik pulih jalan berlubang akan dilaksanakan.

MBI memaklumkan, dalam tempoh 2 minggu ini mereka akan memantau keberkesanan aplikasi ini dan akan membuat penambahbaikan selepas mendapat respon dari wargakota Ipoh.

MBI berharap warga Ipoh dapat menjadi mata dan telinga bagi membantu mereka untuk mengenalpasti  kawasan pothole dengan disertakan maklumat lokasi yang tepat dan sahih dan seterusnya menyelesaikan masalah aduan ini dengan cepat dan berkesan.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang tatacara penggunaan platfom ini, anda boleh layari laman muka ‘Aduan Pothole MBI'.

Sumber: Majlis Bandaraya Ipoh

 

Berkaitan