Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp tangguh polisi baru

Pada Tahun Depan Pengguna Akan Dipaksa Bersetuju Dengan Polisi Terma Dan Privasi WhatsApp, Jika Tidak…

Diterbitkan Disember 3, 2020 · Dikemas kini Disember 3, 2020 oleh ariff bukhari

Pada tahun hadapan, pembangun aplikasi WhatsApp dijangka akan memaksa para penggunanya untuk bersetuju terhadap Kemas Kini Polisi Terma Dan Privasi aplikasi tersebut.

Atau mereka tidak dibenarkan untuk mengakses aplikasi itu seperti biasa.

Ia berdasarkan kepada tangkap layar “Terms and Privacy Policy Updates”  yang dikongsikan oleh laman WaBetaInfo.

Jadi hanya selepas bersetuju dengan polisi baru itu, barulah pengguna akan dapat mengakses aplikasi itu seperti biasa.

Polisi baru penggunaan aplikasi tersebut dijangka akan dilaksanakan bermula 8 Februari 2021.

“After this date, you’ll need to accept the new terms to continue using WhatsApp or you can always delete your account.” WhatsApp.

Pada Tahun Depan Pengguna Akan Dipaksa Bersetuju Dengan Polisi Terma Dan Privasi WhatsApp, Jika Tidak…
Kredit: WaBetaInfo

Melihat kepada kenyataan polisi WhatsApp itu pula, ia menunjukkan bahawa mereka seakan tidak kisah pun jika penggunanya memilih untuk memadam akaun WhatsApp yang ada berbanding bersetuju dengan polisi baru itu.

Jadi, apa kata anda? Bersetuju dengan polisi baru itu atau padam sahaja akaun WhatsApp anda?

Sumber: WaBetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY