Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Privasi

Pendapatan Syarikat Media Sosial Ini Terjejas Sebab Polisi Baharu Apple

Diterbitkan November 1, 2021 oleh Amsyar Latif

April lalu, Apple hadir dengan ciri menghalang penjejakan iklan atau App Tracking Transparency (ATT) menerusi kemas kini iOS 14.5. Walaupun Apple dilihat umpama wira dalam menjaga privasi pengguna mereka, tetapi polisi tersebut menjejaskan syarikat-syarikat media sosial yang lain.

MenurutĀ Financial Times, syarikat seperti Snapchat, Facebook, Twitter dan YouTube mengalami kerugian yang dianggarkan sekitar USD9.85 bilion (~RM40 bilion) disebabkan polisi baharu yang dibuat Apple.

Selain itu, data yang diperoleh daripada firma teknologi penyelidikan pengiklanan Lotame ini juga menganggarkan pelantar media sosial tersebut menerima penyusutan pendapatan sebanyak 12% pada suku ketiga dan keempat tahun 2021.

Daripada keempat-empatnya, Facebook adalah syarikat yang paling terjejas. Namun, jika hendak dibandingkan dengan Snapchat, mereka jauh lebih terkesan memandangkan media sosial ini hanya terdapat dalam telefon pintar.

Oleh yang demikian, polisi anti-penjejakan yang dilakukan Apple ini membuatkan syarikat media sosial terpaksa lebih kreatif dalam memberikan iklan.

Tambahan lagi, perkara ini hanya melibatkan pengguna peranti iOS dan Google serta beberapa syarikat menjalankan sistem operasi Android turut mahu mengikut jejak langkah Apple, iaitu lebih privasi.

Sumber: Financial Times

Baca juga:

  • Apple Kongsi Video Macam Mana Aplikasi Menjejak Pengguna

  • Pendaftaran Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia Dijangka Bermula Suku Kedua 2022

  • Dalam Diam, Model iMac Ini Dihentikan – Cip Intel Akan Hilang Tempat Dalam Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY