Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Apple

Google Mahu Ikut Jejak Langkah Apple Untuk Berikan Lebih Privasi

Diterbitkan Februari 5, 2021 oleh Amalina Athman

Google kini dilaporkan dalam pertimbangan untuk membangunkan alternatif kepada ciri App Tracking Transparency yang ditawarkan oleh Apple. Melalui ciri ini, pembangun perlu meminta kebenaran sebelum menjejak aktiviti pengguna iOS.

Secara dasarnya, Google tidak menyatakan jika ia benar-benar akan mengikut langkah Apple untuk menghalang penjejakan iklan pada peranti Android. Akan tetapi, jurucakap Google dalam satu kenyataan mengatakan,

“We’re always looking for ways to work with developers to raise the bar on privacy while enabling a healthy, ad-supported app ecosystem,”

Dalam pada itu, penyelesaian Google dikatakan tidak terlalu sukar seperti ciri App Tracking Transparency. Berbanding memaksa pembangun untuk meminta kebenaran sebelum menjejak aktiviti pengguna, altenatif Android mungkin hanya menyerupai kawalan privasi yang dirancang pada pelayar Chrome.

Buat masa ini, perancangan tersebut masih di peringkat awal. Belum diketahui bila atau jika Google akan membangunkannya atau sebaliknya.

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY