Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dalam Diam, Model iMac Ini Dihentikan – Cip Intel Akan Hilang Tempat Dalam Apple

Posted on November 1, 2021

Apple secara rasminya membawa masuk pengguna cip pemproses M1 dalam komputer iMac 24 inci pada April lalu. Kini, mereka dalam diam telah menghentikan pengeluaran model iMac 21.5 inci.

Semasa acara Apple baru-baru ini, model tersebut masih lagi dilihat. Namun, ia kini telah tidak disenaraikan lagi dalam laman rasmi Apple.

Buat pengetahuan, iMac sebelum ini tampil dengan tiga saiz berbeza – 21.5 inci, 24 inci dan 27 inci. Nampaknya sekarang hanya dua sahaja model yang boleh dibeli. Satu yang dikuasakan cip M1 dan satu lagi menggunakan cip Intel generasi ke-10.

Dengan ini, secara tidak langsung menguatkan lagi desas-desus Apple bakal menawarkan iMac baharu yang mungkin dijana cip terbaru M1 Pro atau M1 Max. Hal ini kerana dua model tersebut sahaja yang belum dikemaskini.

Maka, transisi Apple yang hadir dengan cip pemproses Intel bakal berakhir sepenuhnya kelak. Apa-apa pun, dijangka tahun hadapan kita akan saksikannya. Mungkin bersama cip Apple M2.

Sumber: macrumors

Baca juga:

  • Kenali Apa Itu Metaverse, Sebuah “Dunia Baharu” Ciptaan Mark Zuckerberg

  • Apple Bergerak Ke Arah Mesra Alam, Bebas Karbon

  • Perabot ‘Gaming’ IKEA ROG Akan Tiba Di Malaysia November Ini

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress