Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pencipta Bersama Android, Andy Rubin Akan Melancarkan Telefon Pintar Essential Pada Minggu Depan: Segalanya Anda Perlu Tahu

Pencipta Bersama Android, Andy Rubin Akan Melancarkan Telefon Pintar Essential Pada Minggu Depan: Segalanya Anda Perlu Tahu

Diterbitkan Mei 26, 2017 oleh Wiser MY

Andy Rubin, pembina bersama Android pada awal tahun ini telah membayangkan akan mengeluarkan sebuah telefon pintar baru yang akan hadir dengan paparan edge-to-edge.

Hari ini , syarikat telefon pintarnya, Essential sudah mengeluarkan trailer baru dan sudah mengumumkan tarikh pelancaran.

Telefon Essential dijadualkan akan membuat penampilan pertama pada 30 May.

Syarikat itu juga telah menyelitkan gambar telefon berkenaan namun diambil di dalam keadaan yang gelap.

Pencipta Bersama Android, Andy Rubin Akan Melancarkan Telefon Pintar Essential Pada Minggu Depan: Segalanya Anda Perlu Tahu

Jika dilihat dengan saiz tangan normal, telefoin itu mungkin dalam ukuran 5.5 inci.

Menariknya, peranti itu dilihat bersama dengan objek asing di atas peranti yang mungkin akan didatangkan sebagai aksesori tambahan.

Di dalam pendedahan pada bulan Mac tahun ini, telefon Essential itu akan menggunakan bentuk rekaan sama seperti Xiaomi Mi Mix yang tidak mempunyai ruang antara bingkai ke paparan skrin.

Peranti Essential akan menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 835 dan mempunyai fungsi sentuhan 3D seperti apa yang kita lihat pada iPhone.

Untuk bahagian perisian pula, peranti tersebut dikhabarkan akan hadir bersama pembantu digital AI mereka yang tersendiri.

Harga peranti ini mungkin akan bermula pada RM 2,400.

Perkembangan terbaru ini bakal memberi saingan terbaru dalam segmen telefon pintar flagship yang selama ini disertai oleh Samsung, Apple, Google, Huawei dan LG.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY