Pencipta Android, Andy Rubin Mengeluarkan Telefon Pintar Essential Secara Rasmi

Setelah beberapa bulan mendengar khabar angin mengenai peranti ini, akhirnya Andy Rubin, pencipta bersama Android telah melancarkan telefon pintar Essential.

Telefon pintar premium menampilkan paparan bernisbah besar sama seperti Samsung Galaxy S8.

Rangka peranti pula dibuat menggunakan titanium dan bahagian belakang menggunakan kemasan seramik, serupa dengan apa yang dilakukan untuk Xiaomi Mi Mix.

Apa yang menarik perhatian kami ialah kedudukan kamera depan yang diletakkan di bahagian atas paparan peranti.

Mungkin kedudukan kamera itu kelihatan agak janggal dan mungkin sesetengah orang tidak akan menyukainya.





Tambahan pula dengan rekaan paparan yang tiada sempadan dan skrin paparan berukuran 5.71 inci, Essential menggunakan paparan QHD dengan nisbah 19:10.

Dikuasakan dengan Android, peranti ini menggunakan cip Qualcomm Snapdragon 835 dengan RAM 4 GB, 128 GB ruang penyimpanan dan bateri berkapisiti 3,040 mAh.

Peranti ini akan dilengkapkan dengan kamera 13-MP untuk kamera belakang dan 8-MP kamera depan.

Fungsi kamera juga menyokong rakaman video 4K.



Telefon pintar ini sekarang boleh di pre-order di US dan harga jualan bermula pada RM 3,000.

Untuk warna peranti pula setakat ini hanya ditawarkan dalam dua pilihan iaitu Black Moon dan Pure White.

Dan selepas ini pilihan warna akan ditambah kepada Stellar Grey dan Ocean Depths.

Sumber