Dulu di Wuhan sahaja, tetapi kini seluruh dunia.
Sebelum ini telah dilaporkan bahawa ruang udara di dalam negara China adalah jauh lebih bersih berbanding sebelumnya selepas kerajaan negara itu menguatkuasakan perintah berkurung terhadap rakyatnya bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Berikutan perintah berkurung itu, hampir semua aktiviti industri termasuklah pengilangan, peruncitan, pelancongan, pengangkutan awam dan lain-lain terpaksa diberhentikan sementara.
Sekaligus menyebabkan udara di dalam negara tersebut menjadi bersih kerana kurangnya aktiviti industri yang dijalankan manusia.
Tetapi kini ia tidak sahaja berlaku di dalam negara itu sahaja, sebaliknya turut berlaku hampir di seluruh dunia.
Hasil semakan data dari Sentinel-5P dan laman Tableau Public menunjukkan, pencemaran udara di benua Eropah turun mendadak sejak perintah berkurung dilaksanakan oleh beberapa negara utama dalam benua tersebut.
Sebagai contoh, ruang udara di dalam 3 buah negara yang terkesan teruk dengan Covid-19 iaitu Jerman, Perancis dan Itali kini jauh lebih bersih berbanding tahun lalu. Lihat rajah di bawah.
Ini pula perbandingan perbezaan kualiti udara bagi beberapa bandaraya utama di dalam negara-negara yang telah turut melaksanakan perintah berkurung bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Berkaitan
- TM Mendermakan Sebanyak RM2 Juta Kepada Tabung COVID-19
- Fasiliti Penyelidikan COVID-19 Diserang Ransomware Selepas Pelajar Memasang Perisian Cetak Rompak
- Status Semasa 5 Vaksin COVID-19 Yang Telah Diterima Oleh KKM
- Covid-19 Dikaitkan Dengan Sinaran Elektromagnetik 5G Yang Diperkuatkan Adalah Berita Palsu - KKM
- 67% Rakyat Malaysia Bersetuju Menerima Vaksin COVID-19
- Cara Mengemas Kini Status Risiko COVID-19 Di Aplikasi MySejahtera
- Patuhi Protokol Kesihatan Terbaru Ini Jika Anda Positif COVID-19
- Pengeluaran Galaxy Z Flip Terpaksa Dihentikan Selepas Pekerja Kilang Samsung Disahkan Positif Covid-19
- Hukum Penggunaan Vaksin COVID-19 Yang Ditetapkan Oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
- Semak Lokasi Panas COVID-19 Dengan Sistem HIDE