Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KKM BERITA PALSU

Covid-19 Dikaitkan Dengan Sinaran Elektromagnetik 5G Yang Diperkuatkan Adalah Berita Palsu – KKM

Diterbitkan April 26, 2021 ยท Dikemas kini April 26, 2021 oleh ariff bukhari

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menafikan penyebaran berita palsu yang mendakwa Covid-19 tidak wujud sebagai virus.

Malah berita palsu yang tular di platfom aplikasi sembang sosial seperti WhatsApp itu mendakwa kematian yang berlaku sebenarnya disebabkan oleh sinaran elektromagnetik 5G yang diperkuatkan sehingga menjadi racun.

Antara kandungan lain yang disebut di dalam berita palsu itu turut mendakwa, Kerajaan Russia telah berjaya mengalahkan virus itu dengan mengambil antibiotik, anti-radang dan antikoagulan (aspirin).

Berikutan daripada penyebaran berita palsu itu, KKM hari ini menegaskan bahawa segala maklumat di dalam berita tersebut adalah tidak benar sama sekali.

KKM juga menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu tersebut kepada pengguna lain.

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY