Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Virus Outbreak Malaysia

Patuhi Protokol Kesihatan Terbaru Ini Jika Anda Positif COVID-19

Diterbitkan Mac 11, 2022 oleh ariff bukhari

Kementerian Kesihatan malaysia telah pun mengeluarkan protokol baharu yang berkuat kuasa bermula 1 Mac 2022 bagi menangani penularan COVID-19.

Dalam protokol kesihatan COVID-19 yang baru dikuat kuasakan itu, KKM menyatakan bagi mereka yang positif COVID-19 tetapi hanya Kategori 1 dan 2A iaitu mereka tidak bergejala atau bergejala ringan, tidak perlu pun pergi ke COVID-19 Assessment Centre (CAC).

Sebaliknya mereka hanya perlu kuarantin di rumah sahaja. Tempoh kuarantin yang ditetapkan bagi mereka yang positif  adalah sama bagi kes positif bergejala atau tidak bergejala.

Screenshot 2022-03-11 at 8.44.10 PM

Mereka juga tetap perlu melaporkan status kesihatan sebanyak 2 kali sehari melalui Health Assesstment Tool (HAT) di aplikasi MySejahtera.

Patuhi Protokol Kesihatan Terbaru Ini Jika Anda Positif COVID-19

Bagi mereka yang postifi COVID-19 Kategori 2B dan ke atas pula, golongan berisiko tinggi seperti warga emas 60 tahun ke atas, individu mempunyai komorbid, wanita mengandung dan individu yang tidak lengkap atau tidak divaksinasi, mereka dikehendaki untuk hadir ke CAC.

Jika didapati gejala merosot, anda juga diminta untuk segara ke CAC atau fasiliti kesihatan terdekat bagi mendapatkan rawatan.

Berikut pula adalah protokol bagi mereka yang positif COVID-19 sepertimana yang ditetapkan oleh KKM:-

  1. Jangan keluar dari rumah sepanjang tempoh kuaranti yang ditentukan oleh KKM
  2. Jangan berkongsi bilik dengan ahli keluarga
  3. Lakukan pemantauan kendiri setiap hari dan laporkan melalui aplikasi MySejahtera
  4. Pakai pelitup muka dan pastikan penjarakan fizikal 1 meter jika perlu berinteraksi dengan ahli keluarga

Berikut pula adalah protokol bagi ahli keluarga dalam isi rumah yang sama dengan pesakit COVID-19 sepertimana yang ditetapkan oleh KKM:-

  1. Pakai sarung tangan semasa mengendalikan perkakas yang digunakan oleh pesakit
  2. Letak makanan dan minuman di luar pintu bilik untuk diambil sendiri oleh pesakit
  3. Pakai pelitup muka semasa berinteraksi dengan pesakit
  4. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau gunakan sanitasi tangan

Sumber: KKM

Baca juga:

  • Patuhi Protokol Kesihatan COVID-19 Ini Jika Status Anda Adalah Kontak Rapat
  • Ikuti Protokol Kesihatan COVID-19 Ini Jika Anda Berstatus Kontak Kasual

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY