Redmi Note 7 juga dimuatkan dengan kamera 48MP namun ia menggunakan sensor Samsung GM1 yang sebenarnya hanya 12MP dan cip lama Snapdragon 660.
Pihak Xiaomi Malaysia sudah pun menghantar jemputan untuk acara pelancaran Redmi Note 7 di pasaran Malaysia pada 19 Mac ini malangnya desa desus mengatakan versi Pro hanya untuk pasaran India.
Maka, peminat di Malaysia yang menantikan ketibaan Redmi Note 7 Pro hanya mampu menepuk dahi. Malah di ruangan komen dalam satu kiriman di Facebook Mi Malaysia rata-rata menyuarakan ketidakpuashatian mereka tentang perkara ini.
Jika berita ini betul (Xiaomi hanya memperkenalkan Redmi Note 7), pada pendapat kami ia agak mendukacitakan kerana peranti ini bakal menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 660 tahun lepas dan RAM pada hanya 4GB.
Malah dengan menggunapakai sensor Samsung GM1 sedikit sebanyak meluluhkan hati peminat Xiaomi yang terkenal dengan jenama mendengar setiap suara peminatnya.
Jangan salah faham, kami tidak berniat untuk mengatakan ia peranti yang tidak bagus (kami pun tak guna lagi), tetapi kemunculan peranti ini yang terlalu 'hype' akan membuatkan ramai yang sabar menunggu terduduk kekecewaan.
Harapnya 19 Mac nanti Xiaomi buat kejutan dengan memperkenalkan juga versi Redmi Note 7 Pro. Jika tidak pihak Xiaomi harus meletakkan tanda harga yang murah untuk membuatkan peminat kembali senyum.
Berkaitan
- Sebab Kenapa Cermin Cybertruck Pecah
- Peranti Kelas Perdana Terbaru Nokia Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Pengimbas Cap Jari Di Dalam Skrin Paparan
- Xiaomi Mi 5C Bersama Cip Pemproses Sendiri Pinecone Surge S1 Diperkenalkan
- CEO One Plus Belanja Gambar Yang Diambil Pada Waktu Malam Guna One Plus 5
- Spesifikasi Penuh Siri Samsung Galaxy S10 Didakwa Tertiris
- Huawei P10 dan Huawei Watch 2 Bakal Dilancarkan di MWC 2017
- Xiaomi Semakin Garang Tembusi Pasaran Eropah, Beri Amaran Kepada Para Pesaing
- Pokemon GO - Warga Emas 70 Tahun Buru 45 Juta Pokemon Guna 24 Telefon Berbeza
- Facebook Dan Twitter Bantu Google Menepis Berita Palsu
- Be Prepared When The Spring Comes