Apple Pro Display XDR tidak disertakan bersama penegaknya, sebaliknya...
Apple di WWDC 2019 yang telah berlangsung pada minggu lepas telah pun perkenalkan Pro Display XDR, paparan LCD bersaiz 32". Ia merupakan paparan Retina 6K ( 6016 x 3384 pixels) yang dilengkapi dengan teknologi oxide TFT terkini dengan kadar cerahan maksimum 1000nits.
Malah Apple menyatakan bahawa Pro Display XDR sebagai paparan profesional terbaik di dunia.
Menjadikannya lebih menarik adalah harganya yang berharga dari USD4,999 adalah jauh lebih murah berbanding paparan profesional yang ditawarkan untuk para profesional video ketika ini.

Walaubagaimanapun, bukan harga Pro Display XDR yang menyebabkan peminat Mac marahkan Apple, sebaliknya adalah penegak bagi paparan tersebut, Pro Stand.
Ini kerana, Pro Display XDR tidak disertakan sekali bersama penegaknya. Sebaliknya pengguna terpaksa membeli penegak Pro Stand tersebut secara berasingan yang berharga USD999.

Kebanyakkan daripada mereka tidak berpuas hati atau dapat menerima harga jualan penegak paparan tersebut. Walaupun ramai yang mengkritik tentang harga Pro Stand tersebut, tetapi perlu difahami bahawa sasaran Apple untuk pengguna Pro Display XDR bersama Pro Stand adalah lebih terarah kepada pengguna profesional seperti syarikat-syarikat utama yang bergiat aktif dalam industri kreatif.
Jadi, sekiranya anda membeli Pro Display XDR bersama Pro Stand hanya untuk kegunaan di rumah bagi tugas-tugas biasa, ia adalah tindakan yang tidak bijak. Tapi kalau dah rasa banyak sangat duit tu, tak tahu nak buat apa, beli aje lah kalau dah teringin.
Berkaitan
- Suhu Di Seluruh Dunia Akan Meningkat Dan Bumi Alami Masa Siang Dan Malam Sama Panjang Pada Mac Dan September Nanti
- Pembangun Cip Pemprosesan Baru Dari China Ini Akan Melancarkan Cip Phytium 7nm Dan 5nm
- Apple Melepaskan Versi Terbaru macOS Catalina Kepada Semua Pengguna Mac Hari Ini
- NASA Perlukan Bantuan Anda Mereka Bentuk Tandas Bagi Projek Angkasawan Ke Bulan
- UK Sekat Firma China Lesenkan Teknologi Pengimbas Dan Proses Imej 100,000 Bingkai Sesaat
- Kamera OnePlus 8 Pro Mengatasi Galaxy S20 Dan iPhone 11 Pro Max - DxOMark
- OPPO Find X3 Pro Edisi Photographer Didedahkan, Hasil Kerjasama Kodak
- Intel Perkenalkan 8 Lagi Cip Pemprosesan Terbaru Intel Core Generasi Ke-10 "Comet Lake"
- Intel Memperbetulkan Sebanyak 29 Isu Keselamatan Pada Cip Pemprosesan Mereka
- Apple Menggantung Sementara Program Yang Membenarkan Pekerja Mereka Mendengar Perbualan Rakaman Siri