Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
app store_

Pembangun Raih Lebih RM4.4 Juta Menerusi Apple App Store Tahun 2022 Lalu

Diterbitkan Mei 11, 2023 · Dikemas kini Mei 12, 2023 oleh ariff bukhari

Apple hari ini memberitahu bahawa App Store telah membantu pembangun pasukan kecil berkembang untuk meningkatkan perniagaan mereka untuk menjangkau seluruh dunia.

Apple menyatakan, ramai pembangun yang menjual barangan dan perkhidmatan digital menerusi App Store mereka memperoleh lebih daripada $1 juta (~RM4.4 juta) pada 2022 lalu adalah terdiri daripada pembangun kecil sebelum ini.

Berdasarkan kajian bertajuk “Small Business Developers and App Creators on the App Store in 2022,” Apple berkata, pembangun kecil — yang merangkumi lebih daripada 90 peratus daripada semua pembangun di App Store — menyaksikan peningkatan pendapatan merentas semua kategori aplikasi termasuklah aplikasi kesihatan dan kecergasan, sukan dan gaya hidup yang meraih lebih daripada dua kali ganda pendapatan mereka dalam tempoh dua tahun lepas.

Pembangun Raih Lebih RM4.4 Juta Menerusi Apple App Store Tahun 2022 Lalu

Kajian yang dijalankan oleh pakar ekonomi dari Analysis Group mendapati, beribu-ribu pembangun dan usahawan baharu telah menyertai App Store pada tahun 2022 dari seluruh dunia.

Daripada kumpulan pembangun baharu ini, kira-kira 25% adalah dari Eropah, 23% dari China, 14% dari A.S., 4% dari Jepun dan 35% dari wilayah lain termasuk Korea Selatan, India dan Brazil.

Berkaitan

  • Rasmi, HUAWEI P60 Pro Berharga RM4699, Mate X3 Serendah RM8888
  • Telefon Boleh Lipat Pertama Google Kini Rasmi, Harga Bermula Sekitar RM8,000
  • 3 Lagi Model Redmi Note 12 Masuk Malaysia, Harga Bermula RM999
  • 3 Aplikasi Popular Google Ini Bakal Terima Kuasa 'AI'

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY