Memang tidak dinafikan, permainan mudah alih untuk telefon pintar (mobile game) semakin kian meningkat jumlah pemainnya. Salah satu faktor utama popularitinya disebabkan setiap individu memiliki telefon pintar.
Terbaru, perkara menggemparkan dunia permainan apabila Take-Two dan Zynga akan bergabung di mana Take-Two Interactive bakal membeli Zynga dengan nilai USD12.7 bilion (~RM53 bilion).
Bagi anda yang tidak mengenali siapa sebenarnya Take-Two ini, mereka bukan syarikat biasa. Di bawah Take-Two, mereka memiliki dua pembangun gergasi dunia, iaitu Rockstar Games dan 2K.
Umum mengetahui, Rockstar Games memang terkenal dengan siri permainan Grand Theft Auto dan ia adalah antara permainan yang paling berjaya oleh mereka. Manakala Zynga pula, pasti ramai pernah memainkan permainan FarmVille yang popular satu ketika dahulu.
Oleh itu, logiknya di sini adalah Take-Two mahu bersaing dalam arena permainan mudah alih. Dengan ini, mereka boleh mendapatkan kepakaran Zynga untuk membantu dalam membangunkan sebuah permainan menarik bagi telefon pintar.
Jadi, boleh bayangkan yang mana tidak mustahil satu hari nanti GTA Online boleh dibawa masuk buat telefon pintar.
Sekiranya nak dibandingkan, banyak pembangun yang dah mula menawarkan permainan PC atau konsol kepada telefon. Contohnya League of Legends: Wild Rift, PUBG Mobile dan juga Call of Duty Mobile.
A look at how Take Two & Zynga plan to combine efforts:
– Bring Take Two IP to mobile
– Integrate live service / cross play experience
– Drive F2P ambition / Increase recurring revenue
– Enhance user acquisition
– Reach new geographiesNote. Agreement includes go-shop provision pic.twitter.com/ScuWVhX3lB
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) January 10, 2022
Kesemua permainan tersebut memang selesa menjana pendapatan setiap tahun. Malah, Genshin Impact pun tidak teragak-agak dalam menawarkan permainannya buat semua platform.
Oleh yang demikian, buat masa sekarang sama-sama kita tunggu apakah langkah seterusnya dari Take-Two dan Zynga ini.
Baca juga: