Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
celcom whatsapp wide

Pelanggan Celcom Kini Boleh Semak Dan Bayar Bil Di WhatsApp

Diterbitkan Mac 8, 2021 oleh Amsyar Latif

Celcom kini secara rasmi telah mempunyai akaun WhatsApp yang mana pelanggan boleh menyemak dan membayar bil dengan mudah.

Untuk menggunakannya, anda boleh klik pautan ini dan klik “continue to chat“. Kemudian, akaun WhatsApp Celcom terus dipaparkan.

Buat pengetahuan, fungsi yang diperkenalkan Celcom ini mirip bot yang ada pada Telegram kerana segala mesej yang dihantar akan dibalas oleh bot.

celcom whatsapp

Selain daripada bil telefon atau bil internet fiber, pelanggan juga turut boleh mendapatkan maklumat akaun, tambah nilai kredit atau menyemak baki internet.

Tambahan lagi, sekiranya tidak berpuas hati dengan rangkaian perkhidmatan, anda juga boleh membuat laporan secara terus dari WhatsApp.

Antara fungsi lain adalah membuat janji temu dan mengetahui sebarang promosi terkini oleh Celcom.

Sumber: Celcom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY