Pelan Data Internet Baru Dari Tune Talk - Tambah Nilai RM30/RM50 Untuk Data Percuma 1GB Dan 2GB

Dari hari ke hari, banyak pelan-pelan internet menarik ditawarkan oleh syarikat telco.

Antara syarikat telco itu adalah Tune Talk, dengan penawaran pelan data yang berbaloi.

Syarikat tersebut telah menyemak semula pelan-pelan data internet mereka dengan dimulai harga langganan serendah RM0.88 untuk data internet harian.

Dengna kemaskini yang dibuat Tune Talk, syarikat itu menampilkan 4 pelan "Datatata":

  • RM0.88 - Pelan harian 100 MB

  • RM8.80 - Pelan mingguan 1GB

  • RM28 - Pelan bulanan 4GB

  • RM48 - Pelan Bulanan 8GB


Selain itu, jika anda menambah nilai kredit RM30 anda layak menerima data percuma sebanyak 1GB atau tambah nilai RM50 untuk data percuma sebanyak 2GB.

Untuk pengetahuan semua, pelan data internet: Pelan harian 200MB, Pas data harian 500MB dan 1GB, Pelan mingguan 100MB dan Pelan 14 hari 500MB tidak akan ditawarkan lagi.

Pelan baru ini hanya ditawarkan pada pelanggan Tune Talk yang melanggan bermula dari 18 Mac dan keatas.

Tone Excel dan Tone Plus tidak layak melanggan pelan internet baru ini.

Sumber: Lowyat.net, Tune Talk