Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UPM Doughrian_01

Pelajar UPM Hasilkan Roti Berasaskan Biji Durian

Diterbitkan Julai 4, 2026 ยท Dikemas kini Julai 4, 2026 oleh Amalina Athman

Sekumpulan pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), berjaya menghasilkan roti berasaskan tepung biji durian sebagai usaha memberi nilai tambah kepada sisa agro makanan yang lazimnya dibuang.

Inovasi yang dikenali sebagai Doughrian itu dihasilkan menerusi projek tahun akhir (FYP). Menurut UPM, projek berkenaan bukan sahaja memanfaatkan biji durian sebagai bahan makanan alternatif, malah menyokong usaha mengurangkan pembaziran makanan serta menggalakkan amalan ekonomi kitaran.

UPM Doughrian_06
Foto: Universiti Putra Malaysia

Ketua kumpulan, Yeap Xiang Yang, berkata idea tersebut tercetus apabila melihat situasi semasa industri durian yang mengalami kejatuhan harga akibat lambakan bekalan.

“Apabila harga durian jatuh dan bekalannya melambak di pasaran, kami melihat peluang untuk menghasilkan nilai baharu daripada bahan yang selama ini dianggap sebagai sisa. Kami berharap inovasi ini dapat membuka peluang pendapatan tambahan kepada industri melalui pemanfaatan biji durian,” katanya.

Bagi menghasilkan tepung biji durian, biji tersebut melalui beberapa proses termasuk mencuci, merebus, menyejukkan, mengupas kulit luar, menghiris, mengeringkan, mengisar dan menapis sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Tepung itu kemudiannya dipanggang dan digunakan bersama bahan lain bagi menghasilkan roti.

UPM Doughrian_04
Foto: Universiti Putra Malaysia
UPM Doughrian_05
Foto: Universiti Putra Malaysia

Menurut kumpulan pelajar itu, roti yang dihasilkan mengandungi kira-kira 16.4% karbohidrat, jauh lebih rendah berbanding kebanyakan roti komersial yang lazimnya mengandungi sekitar 40-50% karbohidrat. Formulasinya turut mengandungi kira-kira 20% protein dan 13.9% serat makanan.

UPM Doughrian_02
Foto: Universiti Putra Malaysia

Mereka turut menyatakan roti berasaskan tepung biji durian itu mempunyai indeks glisemik rendah, bebas laktosa dan sesuai untuk vegetarian. Peningkatan kes diabetes jenis 2 di Malaysia turut menjadi antara faktor yang mendorong penghasilan produk tersebut.

Kumpulan pelajar itu berharap inovasi tersebut dapat menjadi salah satu alternatif makanan yang lebih sihat dan membantu pengguna mengamalkan corak pemakanan yang lebih baik.

Selain menawarkan pilihan makanan baharu, penggunaan biji durian sebagai bahan mentah alternatif juga berpotensi mengurangkan kebergantungan kepada tepung konvensional serta meningkatkan nilai ekonomi hasil sampingan industri durian yang selama ini kurang dimanfaatkan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Penyelidik UMS Temui Spesies Kulat 'Bertanduk' Pertama Di Dunia
  • UPM Lancar 'BioTech Connect', Percepat Penyelidikan Universiti Ke Pengkomersialan
  • 3 Saintis Muda UiTM Terpilih Jalankan Kajian Mikroplastik Di Fasiliti Ternama Di UK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY