Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
UPM Lancar ‘BioTech Connect’, Percepat Penyelidikan Universiti Ke Pengkomersialan

UPM Lancar ‘BioTech Connect’, Percepat Penyelidikan Universiti Ke Pengkomersialan

Diterbitkan Mei 4, 2026 oleh ariff bukhari

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melancarkan BioTech Connect, sebuah platform strategik untuk memperkukuh kerjasama antara universiti dan industri.

Inisiatif ini bertujuan mempercepatkan pengkomersialan produk hasil daripada penyelidikan universiti.

Selain itu, ia turut akan merapatkan jurang antara kepakaran akademik dan keperluan pasaran, serta meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui pendedahan kepada pengalaman industri sebenar.

Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah menekankan bahawa inovasi hanya memberi impak apabila diterjemahkan kepada nilai ekonomi dan sosial.

“BioTech Connect bukan sekadar platform kolaborasi tetapi pemangkin kepada model co-creation yang membolehkan penyelidikan universiti dipacu bersama industri dan dipercepat ke peringkat pengkomersialan,” Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Dekan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB), UPM, Prof. Dr. Ts. Rosfarizan Mohamad, berkata platform ini membuka ruang kolaborasi berimpak tinggi dalam bidang bioteknologi dan sains biomolekul.

BioTech Connect memberi fokus kepada bidang bioteknologi dan sains biomolekul, khususnya dalam keterjaminan makanan serta kelestarian alam sekitar.

Dengan sokongan insentif kerajaan seperti Double Tax Deduction, UPM yakin industri akan lebih berani melabur dalam penyelidikan dan pembangunan.

Berkaitan

  • Pelajar UPM Harumkan Nama Malaysia Di Pertandingan Semikonduktor Antarabangsa
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • UPM Terima 2 Unit Perodua Bezza Untuk Pembangunan Aplikasi Mobiliti Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY