Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelajar Universiti Cipta Rekod Dunia Baharu EV, 0-100 km/j Kurang 1 Saat

Pelajar Universiti Cipta Rekod Dunia Baharu EV, 0-100 km/j Kurang 1 Saat

Diterbitkan September 18, 2023 · Dikemas kini September 18, 2023 oleh ariff bukhari

Pelajar di Kelab Sukan Permotoran Akademik Zürich (AMZ Racing) di ETH Zürich dan Universiti Sains Gunaan dan Seni Lucern di Switzerland telah membina kenderaan elektrik (EV) yang memecahkan rekod.

EV itu dibina oleh pasukan pelajar tersebut hampir setahun. Walaupun pelbagai halangan, mereka bertahan dan bekerja tanpa jemu dalam projek itu dengan sering kembali ke papan lukisan untuk memperbaiki komponen tertentu.

Hasilnya, mereka berjaya membangunkan EV yang dinamakan sebagai ‘Mythen’ yang hanya seberat 140kg dan berupaya memecut dari kelajuan 0 hingga 100km/j hanya dalam 0.956 saat, sekaligus mengatasi rekod sebelumnya.

Rekod itu kini diiktiraf secara rasmi oleh Rekod Dunia Guinness di mana “Mythen” telah memecahkan rekod pecutan dunia sebelum ini untuk kenderaan elektrik.

Rekod itu dicapai di Switzerland Innovation Park di Duebendorf, Switzerland, yang terletak betul-betul di seberang bengkel pelajar tersebut.

Dipandu oleh Kate Maggetti, rekod itu mengatasi rekod dunia sebelumnya iaitu 1.461 saat, yang dibuat oleh pasukan dari Universiti Stuttgart pada September 2022, dengan lebih daripada satu pertiga.

Pelajar-pelajar itu membangunkan semua komponen Mythen termasuklah papan litar bercetak, kerangka dan bateri dan mengoptimumkannya untuk tujuan itu.

Mereka menggunakan bahan ringan seperti karbon dan sarang lebah aluminium untuk mencapai berat hanya 309 paun (140 kilogram).

Kereta lumba itu juga mempunyai kuasa mengagumkan sebanyak 240 kilowatt, atau kira-kira 326 kuasa kuda, yang dipacu daripada motor hab empat roda dan penjana kuasa khas yang direka oleh pelajar itu sendiri seperti sistem seperti vakum bagi “melekatkan” tayar kekal pada tanah semasa pecutan.

Berkaitan

  • Biarkan Kereta Dicas Semalaman Di Rumah Bukanlah Cara Yang Betul - Kajian
  • Nevera, Kereta Elektrik Paling Berkuasa Di Dunia, Pecah Dan Catat 23 Rekod Baru Dalam Sehari
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Lebih Murah, Ini 4 Alternatif Kabel USB-C Berkelajuan 10Gbps Untuk iPhone 15 Pro Max

Sumber: Rekod Dunia Guinness, Interesting Engineering

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY