Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-16T143328.651

Pelajar IPT Dijemput Sertai Anugerah HONOR Talents Global Design 2024, Rebut Hadiah Bernilai Lebih RM621,000

Diterbitkan Julai 17, 2024 oleh Muhd Idham

HONOR kini sedang mengadakan pertandingan untuk Anugerah HONOR Talents Global Design 2024 yang dibuka kepada pelajar universiti dan kolej tempatan di Malaysia dengan tema ‘Inspire the Future‘ bermula 16 Julai sehingga 30 September 2024.

Pertandingan ini dianjurkan HONOR Malaysia dengan kerjasama institusi tempatan ATEC College, Era Technology Communication Art & Design, Multimedia University (MMU), Taylor’s University, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Peserta boleh menghantar kerja seni mereka mereka ke laman sesawang rasmi HONOR Talents Global Design Awards selewat-lewatnya pada 30 September 2024 dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah lebih RM547,000.

Anugerah ini terdiri daripada 2 kategori iaitu Rekaan Komunikasi Visual, serta Seni dan Teknologi.

Kedua-dua kategori ini dibahagikan kepada enam kumpulan iaitu Themes, Magic Lock Screen, Standby, Jam, Aksesori, serta Seni dan Teknologi.

HONOR Talents Global Design Award

Pemenang akan dipilih oleh barisan panel hakim yang terdiri daripada jurugambar terkemuka dan profesional industri. 

Sebagai tambahan, HONOR Malaysia juga akan menyediakan hadiah bernilai RM74,000 terdiri daripada telefon pintar, tablet dan peranti boleh pakai terbaharu HONOR kepada pemenang.  

Malah pemenang juga akan nikmati faedah lain termasuklah peluang pekerjaan, penggunaan kerja seni dalam produk dan pameran HONOR, pensijilan pantas melalui program Developer Fast Track, serta jemputan ekslusif ke Lawatan Seni dan Teknologi di China. 

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan ini,layari laman rasmi Anugerah HONOR Talents Global Design 2024.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Waspada Dengan WhatsApp Mengenai Semakan Status SARA
  • DBKL Perlu 20,000 CCTV Untuk Pantau Jenayah Dan Kesesakan Jalan Raya - TPM
  • Kementerian Komunikasi Umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
  • CelcomDigi Buka Tempahan Untuk Samsung Galaxy Z Fold 6 Dan Galaxy Z Flip 6

Sumber: Siaran Media HONOR Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY