Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi Samsung Galaxy 1

CelcomDigi Buka Tempahan Untuk Samsung Galaxy Z Fold 6 Dan Galaxy Z Flip 6

Diterbitkan Julai 16, 2024 oleh ariff bukhari

Pelanggan CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) kini boleh membuat pra pesanan untuk model telefon pintar terbaru Samsung iaitu Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6 yang yang telah diumumkan baru-baru ini.

Pra pesanan ini boleh dibuat dengan pelan Easy360 CelcomDigi ONE dan Pascabayar 5G.

Tersedia daripada RM144/bulan untuk Z Fold6 dan RM84/bulan untuk Z Flip6, pelanggan boleh membuat pra-pesanan melalui laman rasmi CelcomDigi, sejak 11 juali 2024 lepas hingga 30 Julai 2024.

Anda juga berhak mendapat ganjaran eksklusif lain termasuklah:

  • Naik Taraf Storan Berganda Percuma: Prapesan mana-mana telefon Samsung Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6 dan nikmati peningkatan percuma ruang storan 512GB pada harga versi 256GB.
  • Rebat tambahan sehingga RM360: Dapatkan rebat RM10 pada bil bulanan, sehingga 36 bulan dengan pelan ansuran peranti CelcomDigi.

CelcomDigi samsung galaxy

Selain itu, semua pelanggan pra-pesanan juga akan menerima kombo peranti boleh pakai dan aksesori terbaharu Samsung bernilai sehingga RM1,300.

Pelanggan yang membuat pra-pesanan Z Fold6 akan mendapat Galaxy Watch7 (RRP: RM1,199) dan Clear Grip Case (RRP: RM179).

Manakala pelanggan yang memilih Z Flip6 mendapat Galaxy Buds3 (RRP: RM599) dan Sarung Flipsuit (RRP: RM179).

Untuk butiran lanjut mengenai prapesanan Samsung Galaxy Z Fold 6 dan Z Flip 6, sila klik pautan https://www.celcomdigi.com/promotions/samsung-galaxy-z-fold6-flip6.

Atau anda boleh lawati Kedai CelcomDigi, Celcom bluecube dan Kedai Digi terdekat mulai 31 Julai 2024 bagi mengetahui lanjut tentang tawaran ini.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Samsung Galaxy Z Fold6, Z Flip6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM4,999

Sumber: CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY