Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelajar 12 Tahun Dari Perlis Harumkan Nama Malaysia Dengan Memenangi Pertandingan Kreativiti Penciptaan Sedunia

Pelajar 12 Tahun Dari Perlis Harumkan Nama Malaysia Dengan Memenangi Pertandingan Kreativiti Penciptaan Sedunia

Diterbitkan Julai 31, 2017 · Dikemas kini Ogos 1, 2017 oleh Helmi Samsuri

Satu lagi berita membanggakan buat rakyat Malaysia dimana seorang pelajar berusia 12 tahun telah memenangi pingat emas pertandingan ciptaan inovatif yang berlangsung di Korea Selatan.

Pelajar 12 Tahun Dari Perlis Harumkan Nama Malaysia Dengan Memenangi Pertandingan Kreativiti Penciptaan Sedunia

Pelajar tahun 6 dari SK Putra, Muhammad Danish Syafi Mohd Azdikirana tampil dengan sebuah ciptaan yang diberi nama ‘Solar Cat Feeder’.  Ia merupakan sebuah alat yang menempatkan makanan kucing, dijana menggunakan kuasa solar.

Muhammad Danish dibantu…

  • Nur Marissa Maisara Mohd Azdikirana (adik) dan
  • Amirul Haziq Mohd Shamsudin (rakan beliau)

…dalam proses membina alat pemberi makanan kucing yang dilengkapi dengan sensor pergerakan. Apabila kucing menghampiri alat itu, sensor akan mengesan dan makanan akan dikeluarkan dalam amaun yang telah ditetapkan.

Beliau mendapat idea mencipta alat ini setelah melihat ayah dan kakaknya berusaha memikirkan jalan terbaik untuk memberi makanan kepada 8 ekor kucing peliharaan ketika ketiadaan mereka di rumah.

Sebelum bertanding di peringkat antarabangsa ini, Danish telah dinobatkan sebagai juara dalam Simposium Inovasi Penyelidikan & Pembelajaran Kejuruteraan Perlis 3.0 (PERLIS 3.0) yang berlangsung 2 bulan lalu.

Kemenangan tersebut melayakkan adik Danish untuk bertanding di Korea Selatan dan ditaja sebanyak RM10,000 oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Sumber: New Straits Times, SK Putra Perlis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY