Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peguam Texas Saman TikTok, Didakwa Langgar Hak Privasi Kanak-Kanak

Peguam Texas Saman TikTok, Didakwa Langgar Hak Privasi Kanak-Kanak

Diterbitkan Oktober 4, 2024 oleh Rushsyafizal

Peguam Texas, Ken Paxton, telah memfailkan saman terhadap TikTok, mendakwa syarikat tersebut melanggar undang-undang privasi kanak-kanak baharu di negeri itu.

Saman ini bakal menjadi ujian pertama untuk Akta SCOPE (Securing Children Online Through Parental Empowerment) yang baru berkuat kuasa sebulan lalu.

Di bawah Akta SCOPE, platform media sosial dikehendaki mengesahkan umur pengguna muda dan menawarkan ciri kawalan ibu bapa, termasuk pilihan untuk tidak membenarkan pengumpulan data anak mereka. Walau bagaimanapun, sebahagian undang-undang ini telah dibatalkan oleh hakim persekutuan.

Paxton mendakwa bahawa kawalan ibu bapa sedia ada pada TikTok tidak mencukupi. “Ibu bapa atau penjaga tidak diberikan kawalan penuh terhadap tetapan privasi pengguna remaja berusia 13 hingga 17 tahun,” menurut saman tersebut. Contohnya, mereka tidak boleh mengawal perkongsian data atau iklan yang disasarkan kepada remaja.

Saman ini juga menyatakan bahawa alat “Family Pairing” TikTok tidak praktikal kerana memerlukan ibu bapa untuk membuka akaun TikTok dan membenarkan remaja menolak permintaan untuk memasang alat kawalan tersebut. TikTok menafikan dakwaan ini, dengan menyatakan bahawa mereka sudah menyediakan perlindungan yang kukuh untuk keluarga.

TikTok kini berdepan pelbagai cabaran undang-undang di Amerika Syarikat, termasuk kemungkinan pengharaman aplikasi dan kes-kes berkaitan privasi kanak-kanak.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Gemini Live Tambah Sokongan Lebih 40 Pilihan Bahasa
  • Siri HUAWEI WATCH GT 5 Akan Tersedia Di Seluruh Negara Bermula 5 Oktober 2024
  • Penggunaan MyDigital ID Dengan Aplikasi MyJPJ Bukan Dibatal Tapi Ditangguh
  • Selepas 29 Tahun, WordPad Akhirnya Dibuang Dari Windows

Sumber : Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY