Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Akan Cuba Gunakan Teknologi Huawei Sebanyak Yang Mungkin – Tun Mahathir

Pegawai Di White House Minta Tangguh 2 Tahun Sekatan Keatas Huawei

Diterbitkan Jun 11, 2019 · Dikemas kini Jun 11, 2019 oleh Helmi Samsuri

Pejabat Pengurusan dan Belanjawan (OMB) di White House menerusi pengarah bertindak, Russel T. Vought telah meminta sekatan perdagangan yang dilaksanakan keatas Huawei  ditangguhkan bagi tempoh sehingga 2 tahun lagi.

Memetik laporan daripada Wall Street Journal, permintaan penangguhan tersebut telah dihantar kepada Naib Presiden, Mike Pence serta sembilan ahli Congress yang lain. Menurut jurucakap OMB, penangguhan itu adalah bertujuan untuk memastikan syarikat yang berurusan dengan kerajaan Amerika Syarikat atau menerima geran dan pinjaman persekutuan mempunyai masa untuk menamatkan hubungan perdagangan dengan Huawei serta syarikat China yang tersenarai dalam Akta Kebenaran Pertahanan Negara (NDAA).

Semua agensi kerajaan persekutuan akan dihalang dari menggunakan peralatan Huawei pada tahun ini, tetapi sekatan bagi kontraktor kerajaan persekutuan dan organisasi yang mendapat geran dari kerajaan akan ditangguh untuk jangka masa 2 tahun lagi. Penangguhan itu juga dikatakan mungkin diminta untuk dianjak ke tempoh yang lebih lama iaitu 4 tahun.

Sumber: Wall Street Journal via Gizmodo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY