Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PEDi FELDA Palong 11 Ditutup Sementara, Rosak Teruk Akibat Ribut

PEDi FELDA Palong 11 Ditutup Sementara, Rosak Teruk Akibat Ribut

Diterbitkan Jun 28, 2023 · Dikemas kini Jun 28, 2023 oleh ariff bukhari

Ekoran bencana ribut yang melanda daerah Jempol, Negeri Sembilan, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) FELDA Palong 11 yang dikendalikan oleh Telekom Malaysia telah mengalami kerosakan teruk.

Perkara itu dimaklumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Musibah itu juga menyebabkan 2 orang individu termasuk seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak mengalami cedera ringan.

Mangsa telah dihantar ke klinik kesihatan untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

Ketika kejadian, terdapat seramai 15 orang individu termasuk petugas dan komuniti PEDi berada di dalam premis tersebut yang sedang menjalani kelas latihan kemahiran.

13 daripada mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

PEDi FELDA Palong 11 Ditutup Sementara, Rosak Teruk Akibat Ribut
Keadaan kerosakan pada premis PEDi FELDA Palong 11 akibat ribut yang melanda petang Ahad lalu. Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin (dua dari kanan) bersama-sama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, YB Tuan Hj. Mustapha Nagoor (kiri sekali), ADUN Serting, YB Dato’ Hj. Shamshulkahar Hj. Mohd. Deli (dua dari kiri) dan Pengarah Negeri, MCMC Negeri Sembilan, Mohd Kharilnaim Osman hadir untuk mendengar taklimat mengenai keadaan PEDi FELDA Palong 11.

Dalam pada itu, hasil tinjauan yang dijalankan mendapati, struktur bangunan, atap, siling, lantai serta kelengkapan perkakasan dan perisian di dalam bangunan berkenaan mengalami kerosakan akibat bencana ribut.

Pihak Telekom Malaysia telah diarahkan untuk memberi laporan penuh mengenai kerosakan akibat bencana ribut yang melanda PEDi FELDA Palong 11 kepada MCMC.

MCMC memberitahu, kerja baik pulih akan dijalankan segera apabila nilai kerosakan PEDi berkenaan dapat dikenal pasti.

PEDi FELDA Palong 11 ditutup buat sementara waktu manakala komuniti setempat yang ingin menggunakan perkhidmatan Internet boleh berbuat demikian di PEDi FELDA Palong 5 yang berhampiran.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Akhirnya, Telegram Akan Turut Perkenal Ciri Stories Pada Julai Ini
  • iOS 17 Benarkan Anda Kongsi Kata Laluan Dengan Rakan Dan Ahli Keluarga
  • CelcomDigi Fibre Kini Hadir Dengan Pelan Langganan Lebih Pantas, Sehingga 1Gbps

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY