Perniagaan atas talian menjadi semakin popular kerana ia lebih mudah dan menjimatkan bagi peniaga mahupun pembeli. Akan tetapi, aktiviti ini turut menjadi tempat mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah.
Atas alasan seperti itu, Polis Diraja Malaysia(PDRM) baru-baru ini telah melancarkan talian Commercial Crime Investigation Department(CCID) InfolineĀ bagi memudahkan orang ramai membuat laporan mengenai jenayah komersial.
Nombor talian yang digunapakai ialah 013-211 1222 dan hanya boleh menerima SMS dan kiriman WhatsApp sahaja serta tidak berfungsi untuk panggilan suara.
Talian ini aktif setiap hari dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam. Selain membuat aduan, talian ini boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat atau pertanyaan berkaitan jenayah komersial.
Antara jenayah komersial yang sering berlaku di negara ini ialah Macau Scam, penipuan jual beli, tipu pinjaman tidak wujud serta pemalsuan dokumen.
Sebagai contoh, baru-baru ini berlaku kes di mana penjual di salah sebuah gedung beli-belah atas talian telah menghantar tasbih kepada kepada pembeli dan bukannya barangan yang telah dipesan.
Diharapkan orang ramai dapat menggunakan kemudahan ini untuk bersama-sama membendung masalah jenayah komersial yang sedang berleluasa ketika ini.
Sumber: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)
Berkaitan
- WhatsApp, Facebook & Instagram Bermasalah, Masih Lagi Belum Selesai Sepenuhnya
- WhatsApp Bakal Menampilkan Ciri 'PiP' Semasa Panggilan Video
- Mark Zuckerberg Mahu Gabung Sistem Permesejan WhatsApp, Facebook & Instagram
- Facebook Messenger Kini Hadir Dengan Fungsi Alih Bahasa Secara Automatik
- Xiaomi Buat Kejutan, Apple vs Netflix, Facebook Bermasalah, Realme 3 Masuk Malaysia
- Aplikasi Facebook Messenger Anda Akan Dimuatkan Dengan Iklan
- Facebook Berkerjasama Dengan Fandango Untuk Penjualan Tiket Filem
- Facebook Buktikan Pelaburan Ke Atas Instagram Berbaloi
- Ciri Facebook Watch Diumumkan Hari Ini- Pesaing Kepada YouTube
- Facebook Mungkin Mempamerkan Perkakasan Ciptaan Mereka Sendiri April Ini