Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spam scam phone

Cara Mudah Kurangkan Panggilan Spam Di Telefon Android

Diterbitkan Januari 19, 2026 oleh ariff bukhari

Panggilan spam dan scam semakin menjadi-jadi, namun pengguna Android sebenarnya boleh mengurangkannya dengan mudah menggunakan ciri terbina dalam.

Bagi kebanyakan telefon Android, aplikasi Google Phone yang diprapasang sudah memadai untuk menapis panggilan tidak diingini ini.

Pengguna hanya perlu membuka aplikasi Google Phone, masuk ke menu Settings, pilih Caller ID & spam, kemudian aktifkan pilihan See caller and spam ID.

Untuk penapisan automatik, fungsi Filter spam calls juga disyor dihidupkan.

Namun, anda boleh tidak mengaktifkannya jika tidak mahu panggilan penting seperti penghantaran atau perkhidmatan ditandakan sebagai spam.

WhatsApp Image 2026-01-15 at 09.31.02
Bagi pengguna telefon Samsung, prosesnya sedikit berbeza kerana ia menggunakan aplikasi Phone sendiri.

Apabila ciri Caller ID & spam diaktifkan,  anda boleh mendapatkan maklumat tentang pemanggil atau perniagaan di luar kenalan anda atau amaran tentang bakal pemanggil spam.

Dan jika seseorang di luar senarai kenalan anda menghubungi anda, atau anda menghubungi mereka, nombor telefon tersebut akan dihantar kepada Google untuk membantu mengenal pasti nama ID Pemanggil perniagaannya atau menentukan sama ada panggilan itu spam.

WhatsApp Image 2026-01-19 at 16.29.44
Anda juga boleh menanda semua panggilan daripada nombor sebagai spam untuk berhenti menerima lebih banyak panggilan dan melaporkan spammer tersebut.

Semoga, dengan mengaktifkan tetapan ringkas  ini, anda boleh mengawal panggilan masuk dengan lebih selamat dan kurang gangguan di telefon Android anda.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Anda Disyor Untuk Nyahaktifkan 2 Ciri Gmail Ini Sekarang
  • Cara Aktifkan Ciri Android Yang Boleh Panjangkan Hayat Bateri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY