Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pasang “Panic Button” Pada Peranti Android

Pasang “Panic Button” Pada Peranti Android

Diterbitkan Mac 31, 2019 oleh Tips Gajet

Kepada anda yang risau akan keselamatan anak – anak ketika diluar rumah mahupun disekolah, berikut kami kongsikan salah satu alternatif yang boleh dicuba untuk mengesan lokasi orang tersayang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menetapkan aplikasi Red Panic Button, yang mana ianya akan segera menghantar lokasi terkini pada Google maps berserta alamat sekiranya tombol merahnya ditekan.

Pertama sekali pasang aplikasi tersebut daripada Playstore.

WhatsApp Image 2019-03-31 at 10.39.24 AM

Kemudian buka aplikasi tersebut, klik pada tombol merah untuk tetapkan nombor kecemasan.

WhatsApp Image 2019-03-31 at 9.50.58 AM

klik pada tombol merah pada bahagian bawah

WhatsApp Image 2019-03-31 at 9.50.58 AM(1)

Nombor boleh dipilih daripada senarai contacts ataupun dimasukkan secara manual.

WhatsApp Image 2019-03-31 at 9.50.58 AM(2)

Tap pada nombor yang berkenaan.

Pasang “Panic Button” Pada Peranti Android

Seterusnya tetapkan kod panggilan bagi negara, selesai.

WhatsApp Image 2019-03-31 at 9.50.59 AM(1)

Maka bila mana tombol merah tersebut ditekan maka secara serta merta lokasi dan alamat  akan dihantar terus kepada nombor kecemasan yang ditetapkan.

Pasang “Panic Button” Pada Peranti Android

Untuk makluman anda, nombor kecemasan boleh ditetapkan untuk lebih daripada satu nombor.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY