Pantau Pelaburan ASNB Melalui myASNB

Jika sebelum ini ASNB memperkenalkan sistem urusniaga hanya menggunakan IC, kini mereka maju setapak lagi dengan memberi nafas baru kepada portal myASNB yang bakal memudahkan pelanggan untuk memantau pelaburan mereka.



myASNB merupakan satu platform mudah alih yang boleh diakses di mana jua anda berada disamping menjanjikan ciri-ciri keselamatan untuk setiap transaksi yang dipilih.

Pelbagai perkhidmatan ditawarkan menerusi myASNB, seperti...

  • Pertanyaan butiran pegangan semasa

  • Melihat rekod transaksi portal sehingga 90 hari

  • Pelaburan tambahan

  • Kemaskini maklumat peribadi


...dan tiada had waktu operasi yang ditetapkan, bermaksud anda boleh mengakses ia pada bila-bila masa sahaja.

Walaubagaimanapun, jika anda ingin menjual pegangan unit (pengeluaran duit), anda masih perlu pergi ke pejabat pos ataupun pihak.

Seperti urusan perbankan atas talian yang lain, myASNB turut memerlukan nombor telefon bimbit yang mana kod TAC akan diberikan untuk urusan traksaksi.

Sumber: myASNB via Muhamad Azim Md Said