Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Perlu Tunggu Lagi, Pelancaran MIUI 13 Dilaporkan Ditunda

Lebih 500 Juta Pengguna Aktif MIUI Bulanan Secara Global

Diterbitkan November 24, 2021 oleh Amsyar Latif

Nama Xiaomi semakin hari semakin mendapat perhatian pengguna tempatan mahupun luar negara. Strategi yang dilakukan Xiaomi kini membuahkan hasil.

Hal ini kerana Xiaomi telah mendedahkan bahawa setakat ini, terdapat lebih 500 juta pengguna aktif MIUI bulanan secara global.

Tambah mereka, kira-kira 18.65 juta pengguna baharu di China dan sekitar 100 juta untuk pengguna seluruh dunia.

Xiaomi MIUI

Mengimbas kembali perjalanan MIUI daripada Xiaomi, mereka hanya ada 100 pengguna pada tahun 2010 dan melebihi 100 juta menjelang tahun 2015. Ia kemudian meningkat naik dari tahun ke tahun.

Dengan pengenalan MIUI 12.5 Enhanced Edition, Xiaomi telah menawarkan beberapa peningkatan terhadap MIUI seperti mengoptimumkan memori dan lain-lain.

Kini, Xiaomi juga sudah menghampiri dalam melancarkan MIUI 13 yang berasaskan Android 12 kepada pengguna. Sudah pasti, pemilik peranti premium Xiaomi sudah tidak sabar akan kehadirannya nanti.

Sumber: Xiaomi weibo

Baca juga:

  • Ura-Ura Rekaan Xiaomi 12 Ultra Dan Spesifikasi

  • Diskaun RM500 Untuk TV 4K Xiaomi 55 Inci Sempena Promosi Hujung Tahun

  • MIUI 13 Sedang Diuji Pada Beberapa Model, Mungkin Ini Peranti Yang Sokong

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY