Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Senarai Emoji Terbaru Untuk Tahun 2017

Pakar Jenayah Siber Beri Amaran, Emoji ‘Love’ Boleh Heret Ke Penjara Dan Denda RM100 Ribu

Diterbitkan Februari 21, 2022 · Dikemas kini Februari 22, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Al Moataz Kutbi, seorang pakar jenayah siber dari Arab Saudi memberi amaran pada orang ramai supaya tidak sesuka hati menghantar emoji berbentuk hati melalui WhatsApp, lapor akhbar Okaz.

Di bawah undang-undang Arab Saudi, pengirim emoji ‘love’ boleh dikenakan hukuman penjara 2 hingga 5 tahun dan denda 100,000 riyal (~RM111,556) jika disabit kesalahan.

“Penghantaran emoji itu adalah satu bentuk jenayah gangguan. Selain itu, penggunaan beberapa imej dan ungkapan ketika bersembang dalam talian juga adalah kesalahan sama jika aduan difailkan oleh penerima,” jelas Al Moataz lagi.

love emoji

Menurutnya, pengguna tidak boleh sewenang-wenangnya terlibat dalam perbualan tanpa persetujuan individu lain yang boleh menyebabkan mereka berasa diganggu atau tidak selesa.

“Gangguan ditakrifkan sebagai setiap pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi seksual yang dibuat oleh seseorang terhadap mana-mana orang lain yang menyentuh badan atau kehormatannya atau melanggar kehormatannya dengan apa-apa cara, termasuk melalui teknologi moden. Ini termasuk (emoji) yang dikaitkan dengan konotasi seksual mengikut adat masyarakat, seperti emoji hati dan bunga mawar,” kata Al Moataz yang juga merupakan ahli Persatuan Antipenipuan Arab Saudi.

Ini membuktikan emoji hati dan bunga mawar agak sensitif di sana kerana ia membawa konotasi seksual. Mujurlah di Malaysia kita tidak dikenakan undang-undang sebegini.

Bagaimanapun, gangguan seksual tidak dinafikan antara isu besar dihadapi masyarakat terutamanya golongan wanita. Walaupun tampak sedikit ekstrem, namun dalam usaha membanterasnya, apakah negara lain juga perlu mengambil contoh daripada undang-undang Arab Saudi ini?

Sumber: Gulf News

Baca juga:

  • PDRM Dedahkan WhatsApp Di Peranti Android Dijadikan Platfom Untuk Menggodam Akaun Bank
  • Mungkin Lepas Ini ‘Backup’ WhatsApp Di Google Drive Ada Had
  • 2 Ciri Baharu WhatsApp Sedia Dimuat Turun – Main ‘Voice Note’ Luar ‘Chat’ Salah Satunya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY