Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cara mute video WhatsApp

Mungkin Lepas Ini ‘Backup’ WhatsApp Di Google Drive Ada Had

Diterbitkan Februari 1, 2022 oleh Amsyar Latif

WhatsApp buat masa sekarang menyokong sandaran (backup) data secara awan menggunakan Google Drive untuk platform iOS dan Android. Menariknya, walaupun Google Photo sudah “berkira” dengan pengguna kerana mengambil ruang storan, sandaran WhatsApp di Drive tidak begitu kerana ia adalah tanpa had.

Pun begitu, keseronokan tersebut berkemungkinan bersifat sementara. Hal ini kerana WABetaInfo dalam laporan terbaru menyatakan terdapat baris kod yang merujuk kepada ‘Google Drive Limits’.

Mungkin Lepas Ini ‘Backup’ WhatsApp Di Google Drive Ada Had

Bermakna, mungkin sandaran WhatsApp selepas ini akan mula mengambil ruang storan Google Drive. Jadi, langganan perkhidmatan seperti Google One perlu dibuat sekiranya baki storan awan sudah tidak mencukupi lagi.

Selain itu, ia juga sebenarnya berkait dengan ciri terdahulu yang mana WhatsApp bakal membolehkan pengguna untuk memilih data (gambar, video, dokumen) apa yang mahu dijadikan sandaran di storan awan.

Biarpun belum ada kepastian lagi terhadap perkara ini tetapi dijangka ia benar memandangkan Google pun sudah tidak bagi storan gambar tanpa had di Google Photos.

Jika anda tidak pernah memiliki langganan storan awan, anda boleh rujuk artikel INI yang boleh dijadikan panduan.

Sumber: WABetaInfo

Baca juga:

  • Cara Kurangkan Ruang Storan Yang Diambil WhatsApp Di Telefon

  • Fungsi Pindah ‘Chat’ WhatsApp Dari Android Ke iOS Bakal Tiba Tak Lama Lagi

  • Storan iPhone Berkurang? Ikuti Langkah Mudah Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY