Terkini, kemas kini WhatsApp versi 2.22.4.75 membolehkan pengguna memainkan audio di luar chat atau perbualan. Bagi yang sering menggunakan Telegram, pastinya sudah biasa dengan fungsi ini.
Ini bermakna anda masih boleh mendengar voice note seseorang walaupun membuka chat orang lain mahupun keluar daripada WhatsApp. Jika satu-satu voice note tamat, voice note seterusnya akan dimainkan pula tanpa henti sehinggalah audio terakhir dalam perbualan tersebut.

Ciri kedua pula ialah pengguna kini boleh mendengar semula voice note sendiri sebelum menghantarnya pada kenalan.

Namun, ciri ini hanya diedarkan untuk pengguna iOS buat ketika ini dan dijangka akan hadir ke Android kelak.
Dari percubaan kami menggunakan dua akaun WhatsApp dengan versi yang sama, namun hanya salah satu sahaja yang boleh memainkan audio luar perbualan. Akan tetapi kedua-dua boleh memainkan audio sendiri sebelum dihantar.
Apa-apa pun, ia sedang dilepaskan secara berperingkat jadi jangan risau jika anda sudah menaik taraf ke versi baharu ini.
Baca juga:
- WhatsApp Akan Lancar Fungsi Beri Reaksi Pada Mesej Tak Lama Lagi
- PDRM Dedahkan WhatsApp Di Peranti Android Dijadikan Platfom Untuk Menggodam Akaun Bank
- Mungkin Lepas Ini 'Backup' WhatsApp Di Google Drive Ada Had
Berkaitan
- Aplikasi Natif WhatsApp Untuk macOS Sedia Dimuat Turun Sekarang
- WhatsApp Akan Mudahkan Anda Kenali Orang Yang Tak Disimpan Dalam 'Contact' Selepas Ini
- Panggilan WhatsApp Boleh Disertai Melalui Pautan
- Kemas Kini Terbaru WhatsApp Di iOS Selesaikan Isu Besar Ini
- WhatsApp Mula Paparkan Gambar Profil Dalam 'Chat' Kumpulan
- Mudah, 'Group' WhatsApp Akan Ada Fungsi Mirip Twitter Dan Instagram Stories
- 'Group' WhatsApp Kelak Boleh Digabungkan Di Bawah Satu Payung Dengan Communities
- Cara Cari Mesej Di WhatsApp Berdasarkan Tarikh Di iPhone
- WhatsApp Uji Butang "HD" Ketika Hantar Gambar Tapi Bukan Kualiti Asal Imej
- WhatsApp Akan Susahkan Pengguna Untuk 'Forward' Mesej