CIMB Bank kini memaklumkan bahawa ciri ‘Notify Recipient via SMS‘ dan ‘Alert Recipient by SMS’ dalam laman web CIMB Clicks dan aplikasi CIMB OCTO akan dihentikan, berkuat kuasa 1 September 2025. Ketika ini, ciri berkenaan membolehkan pengguna menghantar notifikasi kepada penerima melalui SMS selepas membuat transaksi. Bermula 1 September 2025, ciri SMS ini akan dihentikan…
Microsoft Kini Syorkan Pengguna Matikan 2 Ciri Windows Ini
Microsoft kini menggesa pentadbir sistem (system admins) untuk melumpuhkan kotak dialog “Run” dan mengehadkan penggunaan alat baris perintah (Command) selepas serangan ClickFix dikesan semakin meluas. ClickFix ialah teknik serangan berasaskan kejuruteraan sosial di mana mangsa diperdaya untuk menyalin dan menjalankan arahan berbahaya (selalunya skrip PowerShell) melalui tetingkap Run atau carian Windows. Serangan biasanya bermula dengan pop-up palsu…
Syarikat Elon Musk Failkan Saman Terhadap Apple, OpenAI
Syarikat Elon Musk, xAI dan X, memfailkan saman terhadap Apple dan pembangun ChatGPT, OpenAI. Tuntutan itu mendakwa kedua-dua gergasi teknologi berkonspirasi untuk menghalang persaingan dalam pasaran kecerdasan buatan (AI) dan telefon pintar. Saman setebal 61 muka surat yang difailkan di mahkamah persekutuan Texas mendakwa Apple dan OpenAI menjalin perjanjian eksklusif yang menjadikan ChatGPT satu-satunya chatbot…
EV Diiktiraf Paling Mesra Alam Sepanjang Hayatnya – Kajian
Sebuah kajian dibuat oleh University of Michigan, yang diterbitkan dalam jurnal Environmental Science & Technology, mendapati bahawa kereta elektrik (EV) adalah lebih mesra alam berbanding kereta petrol, hibrid, ataupun plug-in hibrid di seluruh Amerika Syarikat. Analisis secara menyeluruh penyelidikan itu mendedahkan “dari lahir hingga akhir hayat”, daripada pembuatan hingga penggunaan dan pelupusannya menunjukkan BEV menghasilkan pelepasan…
iPhone 17 Air Mungkin Hadir Dengan Sarung ‘Bumper’ Mirip iPhone 4
Apple dilapor sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan sarung ‘bumper’ (bumper case) untuk iPhone 17 Air. Dalam satu hantaran di X, Mark Gurman dari Bloomberg menyebut bahawa Apple sekurang-kurangnya pernah mempertimbangkan atau menguji sarung baharu untuk model iPhone lebih nipis tahun ini. Menurutnya, sarung itu mirip aksesori bumper yang diperkenalkan bersama iPhone 4 pada 2010, menutup bahagian…
MCMC Kesan Ratusan Lokasi Gagal Patuh Piawaian Internet
Kerajaan terus memperkukuh pemantauan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) bagi memastikan pengguna menikmati liputan internet yang stabil dan berkualiti, termasuk di kawasan luar bandar. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan audit kualiti secara berkala bagi memantau pematuhan syarikat penyedia perkhidmatan terhadap Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan…
